KUALA LUMPUR, 15 Sept - Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yakin Konsert 
Tautan Kasih yang bakal dipersembahkan di Kelantan nanti berlainan dengan 
konsert-konsert hiburan yang dianjurkan di tempat lain. 

Lagipun, ia dibuat berdasarkan undang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan 
oleh kerajaan negeri Kelantan yang ada iaitu Enakmen Kawalan Hiburan dan 
Tempat-tempat Hiburan 1998. 
"Tetapi saya bersetuju, Ketua Dewan Ulamak berhak untuk memberikan 
pendapatnya," kata beliau kepada Harakahdaily. 
Ustaz Nasharudin mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato' Harun Taib 
yang disiarkan oleh media hari ini. 
Kenyataan penuh Nasharudin akan menyusul. 
Utusan hari ini melaporkan, Harun Taib berkata, Dewan Ulama tidak pernah 
diberitahu mengenai hasrat kerajaan Kelantan untuk menjemput Mawi mengadakan 
persembahan di negeri itu. 
"Kita hanya mengetahui bahawa kerajaan Kelantan hendak membawa Mawi membuat 
persembahan, melalui laporan akhbar sahaja." 
Harun menegaskan, tindakan kerajaan Pas Kelantan membawa Mawi ke negeri itu 
tidak ada kena mengena dengan parti tetapi ia adalah urusan kerajaan negeri itu 
semata-mata. 
Katanya, sepanjang pengetahuannya, kerajaan Pas Kelantan tidak pernah 
mengemukakan kertas kerja kepada pihak tertinggi parti itu berhubung perkara 
tersebut. 
"Perkara menjemput Mawi ke Kelantan bukan urusan PAS tetapi ia adalah urusan 
kerajaan Kelantan. Selama ini pun tiada perbincangan dengan parti dan tiada 
kelulusan mengenainya dibuat," katanya sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan 
Malaysia. 
Menurut Utusan lagi, Dewan Ulama PAS membantah tindakan kerajaan Kelantan 
menjemput juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi mengadakan 
persembahan di negeri itu. 
Ketuanya, Harun Taib berkata, ini kerana Mawi bukan seorang penyanyi hiburan 
Islam sebenar, sebaliknya dia adalah hasil produk sebuah rancangan realiti 
televisyen yang jelas menyimpang daripada ajaran agama. 
"Kita mahu penyanyi hiburan alternatif yang solid Islam dan bukannya yang lahir 
daripada rancangan yang jelas tidak berlandaskan Islam. 
"Dewan Ulama tiada halangan sekiranya kerajaan Pas Kelantan menjemput penyanyi 
yang benar-benar memperjuangkan hiburan Islam sebenar untuk membuat pertunjukan 
di negeri itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan menjelaskan panjang lebar mengapa kerajaan 
negeri membawa Mawi ke Kelantan. 
Penjelasan turut dibuat oleh Exco kerajaan negeri yang juga Naib Presiden PAS, 
Husam Musa. 
Wawancara dengan kedua-duanya mengenai hal ini disiarkan oleh Harakah cetak. 
//Hrkh



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke