KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia musim Ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, menjelaskan persetujuannya untuk mengadakan persembahan atas jemputan kerajaan Pas Kelantan akhir bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Mawi berkata, beliau ke negeri itu sebagai seorang penyanyi yang berhasrat untuk membalas jasa baik peminat yang mengundinya sehingga berjaya bergelar juara AF3. Menurut Mawi, beliau juga sedia mempertimbangkan jemputan pihak-pihak lain tanpa mengira fahaman politik, asalkan program yang dianjurkan memberi manfaat kepada masyarakat khususnya golongan muda. Sambil menafikan beliau penyokong Pas, Mawi berkata: Saya penyokong setia Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). Buktinya, saya menyokong habis-habisan usaha Perdana Menteri untuk memerangi musuh nombor satu negara, iaitu gejala dadah, katanya pada sidang media pada majlis jamuan anjuran Putera Umno, semalam. Jamuan itu diadakan sebagai tanda terima kasih kepada Mawi yang menghadiri pelancaran Putera Umno Kedah, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Eksekutif Operasi Maestro Talent Management, Freddie Fernandez. Konsert Mawi di Kelantan yang dijadual pada 30 September dan 1 Oktober ini, disokong Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menganggap ia aktiviti seorang individu yang tidak menimbulkan masalah dan tidak perlu dijadikan isu. Mawi berkata, setakat ini kerajaan Kelantan tidak menyenaraikan sebarang peraturan mengenai jenis lagu dan cara persembahannya pada konsert itu. Bagaimanapun, saya ada buat persediaan untuk menyanyikan lagu berbentuk ketuhanan dan nasihat, katanya yang turut menolak dakwaan bapanya, Ani Ahmad, 65 atau Pak Atan adalah penyokong Pas. Sementara itu, Nik Aziz ketika ditemui di Kota Bharu mengakui beliau membenarkan konsert Mawi kerana mahu memikat generasi muda menyertai Pas. Kalau orang kata kita nak tarik golongan muda sertai Pas...itu memang betul. Kalau ada orang kata, kita bawa dia (Mawi), nak masuk Pas...tak kisah, biar orang kata, katanya.//Bha/UM 21 Sept __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
