JELI: Kerajaan Pusat memberi jaminan pelaksanaan fasa kedua projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bernilai RM1.6 juta di seluruh negeri tidak akan menghadapi masalah seperti fasa pertama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata projek itu adalah kerja memasang 4,280 lampu jalan baru dan menaik taraf 5,702 lampu sedia ada.
Beliau berkata, kualiti peralatan dan pemasangan juga lebih baik dan dapat mengatasi masalah kerosakan dalam jangka masa pendek.
"Pada masa sama, jika berlaku sebarang kerosakan, kerja membaik pulih akan dilaksanakan segera oleh kontraktor dilantik menyelenggarakan projek itu iaitu anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Engeneering Corporation Sdn Bhd (TNBC).
"Sebelum ini kita menerima rungutan penduduk kerana hampir sebahagian projek LJK yang dilaksanakan terutama dalam fasa pertama mengalami kerosakan, katanya.//Bha 28 Sept
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
