KOTA BHARU: Sekurang-kurangnya 30 peratus penjenayah yang ditahan di negeri ini khususnya membabitkan kecurian kenderaan terutama motosikal, dikesan terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner I Zulkifli Abdullah, berkata sejak awal tahun ini, 51.46 peratus kes jenayah yang dilaporkan kepada polis juga berjaya diselesaikan.

"Setakat ini, jenayah Kelantan mencatatkan penurunan 171 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu, meskipun beberapa aspek jenayah mencatatkan peningkatan.

"Rogol mencatatkan peningkatan 8 kes; pecah rumah dan curi 132 kes; curi kereta 32 kes dan curi ragut 25 kes, namun, 51.46 peratus daripada kes yang disiasat dapat diselesaikan.

Beliau memberitahu demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 33 anak istimewa di kalangan ahli keluarga pegawai dan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kelantan di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Datuk Abdul Rahim Hanafi; ketua-ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah seluruh negeri ini.

Zulkifli berkata, dalam usaha membanteras jenayah, pada suku terakhir tahun ini, pihaknya akan memberi penekanan terhadap tindakan cepat yang diambil dalam tempoh 15 minit selepas menerima laporan daripada masyarakat.

Katanya, pihaknya berharap, dalam tempoh 15 minit polis akan menjawab sebarang maklumat yang disampaikan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dilaporkan.

"Pelbagai pertanyaan masyarakat sama ada berbentuk tohmahan atau pengaduan polis tidak lewat satu bulan selepas menerima sesuatu permintaan daripada masyarakat,” katanya.

Zulkifli berkata, ini kerana sekurang-kurangnya 30 peratus penagih dadah di negeri ini disyaki terbabit melakukan kegiatan jenayah khususnya curi motosikal.

Mengenai Program Rakan Cop, Zulkifli berkata, setakat ini program berkenaan kurang mendapat sambutan daripada orang ramai berikutan beberapa aspek yang perlu diberi perhatian selepas ini.

Katanya, keadaan itu mungkin berpunca daripada kempen oleh polis sendiri atau kurangnya kefahaman terhadap program terbabit yang memerlukan lebih kepercayaan masyarakat untuk menggunanya.

"Saya amat erharap agar masyarakat setempat menggunakan Program Rakan Cop atau menggunakan kemudahan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bagi memastikan usaha memerangi dadah dan jenayah dapat dicapai," katanya.//Bha 28 Sept


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke