TUMPAT: Tiga peserta kembara berkayak mengelilingi Semenanjung Malaysia mencipta kejayaan dalam Malaysia Book Of Records apabila menamatkan cabaran itu dalam tempoh 55 hari.

Ab Wahab Ibrahim, 42; Hatta Hassan, 27, dan Ziahul Asraf Syed Sultan, 26, tiba di Jeti Info Galeri Tengku Anis, Pengkalan Kubur, dekat sini, petang kelmarin.

Ketiga-tiganya disambut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan negeri, Abdul Fatah Mahmood, sebelum diraikan pada satu majlis jamuan anjuran kerajaan negeri.

Ab Wahab yang juga jurulatih skuad kembara itu, berkata tempoh 55 hari berkayak itu merangkumi perjalanan dari Kuala Perlis pada 1 Ogos lalu dan berakhir di Jeti Info Galeri Tengku Anis. di sini, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin.

Sepanjang perjalanan itu, mereka diawasi dua anggota logistik iaitu Hanifah Idrus dari Pulau Pinang dan Yatim Kamarudin dari Selangor.

"Ini adalah kali kedua saya mencatat kejayaan berkayak mengelilingi Semenanjung Malaysia selepas kali pertama pada 1988 dengan catatan masa 63 hari.

"Percubaan kali ini adalah sebagai persiapan awal untuk menghadapi cabaran seterusnya iaitu menyeberangi Lautan Antartika pada 2010.

“Kembara berkayak menyeronokkan walaupun agak memenatkan. Kepenatan kami berbaloi dengan kejayaan melepasi ekspedisi ini mengikut jadual dirancang," katanya.

Menceritakan pengalaman sepanjang kembara itu, Ab Wahab berkata, mereka menghadapi sedikit masalah ketika mendarat di Kuala Kedah, kerana dipukul ribut dekat Sungai Nonang, Yan, pada 2 Ogos lalu.

"Ini menyebabkan kami hanya dapat mendarat di jeti kampung itu kira-kira 11 malam. Biasanya kami mendarat sebelum tiba waktu malam," katanya yang berasal dari Alor Gajah, Melaka.

"Kami akan menghadapi masalah tidak dapat menepati masa apabila kami melalui arus air deras dan benteng lumpur di sebelah Pantai Timur," katanya yang juga petugas Unit Penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Abdul Fatah ketika meraikan kejayaan kembara berkenaan, berkata program berkayak seumpama itu dapat membantu membentuk sahsiah remaja, terutama umat Islam menerusi aktiviti lasak.

Ini sekali gus membuktikan slogan ‘Malaysia boleh’ dan ‘Islam boleh’ menjadi kenyataan," katanya.//Bha 28 Sept

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke