KOTA BHARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang memproses 3,000 permohonan bekas anggotanya dari Kelantan dan Terengganu untuk diberi bantuan bagi meringankan beban akibat tercedera ketika mereka dalam perkhidmatan pasukan itu.

Panglima 8 Briged, Datuk Mahdi Yusof, berkata usaha menyalurkan bantuan itu akan diselesaikan secepat mungkin menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran yang kini beroperasi di setiap negeri.

Katanya, semua anggota tentera yang kini menjadi golongan kurang upaya selain sudah bersara tampil ke hadapan membuat aduan jika mereka tidak pernah menerima sebarang bantuan.

"Saya yakin masalah anggota tentera yang kini menjadi golongan kurang upaya itu dapat diselesaikan kerana mereka layak menerima bantuan menerusi beberapa skim yang diwujudkan ATM," katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas meraikan anggota tentera yang cedera ketika menjalankan operasi dan latihan di kawasan sempadan Malaysia/Thailand dan Perak untuk menyelesaikan konflik negara dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) pada 1982 sehingga 1995.

Mahdi berkata, anggota tentera yang bersara dan golongan kurang upaya itu bakal menikmati pelbagai kemudahan seperti elaun bulanan, derma siswa dan pemilikan komputer bagi ahli keluarganya yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu dengan peruntukan kira-kira RM200,000 setahun.

Beliau berkata, matlamat ATM ialah memastikan semua anggota yang pernah berkhidmat untuk negara menerima bantuan dan kebajikan mereka dijaga kerana mereka layak menerimanya.//Bha 28 Sept

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke