KOTA BHARU, 28 Sept  - Lebih 2,000 penduduk tempatan dan pelajar sekolah turut sama bergotong royong membersihkan kawasan bandar menjelang pengisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam, Sabtu ini.

Gotong royong Perdana itu bermula jam 8 pagi tadi turut disertai pelbagai agensi dan pertubuhan sukarela. Ia dirasmikan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 

Menteri Besar berkata, warga bandar perlu membantu Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menjaga dan mengekalkan imej bersih menjelang pengisytiharan Bandar Raya Islam.

 

“Tapi masalah yang timbul adalah adat dan kebiasaan masyarakat Kelantan yang kurang mengambil cakna mengenai kebersihan,” katanya.

 

Menurut beliau, usaha mendidik masyarakat menjaga kebersihan susah kerana mereka sebelum ini lebih terpengaruh budaya dan adat resam lama.

 

Bagaimanapun katanya, beliau masih belum berpuas hati dengan tahap kebersihan bandar Kota Bharu dan berharap ia dipertingkatkan lagi. “Saya sendiri tidak minat dengan denda, yang minat ialah pendidikan. Tetapi didikan mengenai kebersihan tidak diendahkan terpaksalah kita guna denda,” tambahnya.

 

Ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Dato’ Azalina Othman yang menganggap 3T iaitu topi, tambang dan t-shirt diperlukan bagi menarik golongan belia hadir pada setiap program, katanya memang diakui perkara seperti itu wujud.

 

Sebelum itu pengerusi program gotong royong perdana tersebut, Zaki Ibrahim berkata, menjaga kebersihan adalah tanggugjawab bersama dan bukan terletak kepada MPKB sahaja.

 

Pada majlis itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz melakukan gimik membersih dengan menggunakan mesin ‘blower’ dan vakum. Hadir sama, anggota Exco, Takiyuddin Hassan, Yang diPertua MPKB, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman dan ahli-ahli majlis MPKB.

 

Peserta gotong royong dibahagikan kepada lima zon iaitu kawasan wisma Tabung Haji, Jalan Hulu Pasar, Bazar Uda, Istana Balai Besar dan Pasar Siti Khadijah. Setiap zon disertai 400 orang.//Hrkh


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke