KOTA BHARU, 28 Sept – Seramai 11 pesakit kronik menerima sumbangan dari Tabung Pesakit Kronik Negeri Kelantan yang melibatkan peruntukan berjumlah RM25,000.
Dua daripadanya penerima jumlah tertinggi iaitu sebanyak RM5,000. Sumbangan tersebut disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri, Abdul Patah Mahmod.

 

Majlis penyampaian sumbangan berkenaan diadakan sempena Hari Kesihatan Awam dan Majlis Penyampaian Hadiah Kebersihan menjelang pengisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam, di Dewan Jubli Perak MPKB semalam yang dirasmikan anggota Exco, Dr Nik Mazian Nik Mohamad.

 

Sementara itu, 14 kategori pertandingan kebersihan yang melibatkan premis perniagaan diadakan yang meliputi restoran, hotel, rumah tumpangan, stesen minyak, masjid dan tandas awam terbaik.

 

Turut dipertandingkan kategori sekolah berasrama penuh, di mana Maktab Rendah Sains Mara Pasir Tumbuh mendapat anugerah khas. Pada pertandingan itu, johan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 bersama medal dan sijil penyertaan, manakala naib johan dan tempat ketiga - RM300 dan RM200.

 

Dalam perkembangan berkaitan pakar jantung Hospital Pakar Perdana, Dr Ibrahim Abdullah menasihati orang ramai menghargai nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah sebaik mungkin.

Katanya, apabila Allah menarik nikmat tersebut, ia tiada erti lagi di mana sebarang aktiviti termasuk beramal ibadat juga tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

 

“Ketua keluarga hendaklah menjaga kesihatan keluarga dan bukan hanya menjaga makan atau pakai mereka sahaja,” ujarnya. Beliau turut menasihati mereka yang merokok meninggalkan tabiat berkenaan kerana ia amat membahayakan kesihatan, lebih-lebih rugi dari aspek ekonomi.//Hrkh


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke