Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, produk keluaran Kelantan sudah setanding dengan keluaran lain terutamanya dari segi kualitinya, namun aspek pembungkusan, promosi dan pemasaran masih lagi di tahap lama.
Pengusaha di negeri ini masih kurang agresif dari sudut berkenaan memandangkan ia memerlukan sumber kewangan yang tinggi, katanya ketika merasmikan Ekspo Perdagangan Islam 2005, di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, di sini baru-baru ini. Ia diadakan sempena pengisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam.
Beliau berkata, usaha mempromosikan produk memerlukan sumber kewangan dan pengusaha pula berdepan dengan masalah memperolehi pinjaman daripada institusi kewangan.
Oleh itu beliau berkata, melalui usaha mengadakan ekspo perdagangan ia boleh memberi peluang kepada lebih ramai pengusaha memasarkan produk mereka secara langsung kepada pengguna.
Ini juga bersesuaian dengan penekanan kerajaan negeri terhadap konsep 'cari makan melalui perniagaan' terutamanya menghasilkan produk halal yang semakin mendapat permintaan di beberapa negara di Timur Tengah, Amerika Utara, Asia Tenggara, China dan Eropah.
"Pasaran produk halal dunia ketika ini mencecah sebanyak RM760 bilion setahun. Selain itu langkah yang dibuat kerajaan negeri juga bersesuaian dengan hasrat kerajaan Persekutuan membuat persiapan menjadi Pusat Perdagangan Islam Global menjelang tahun 2010, ujarnya.
Menteri Besar berkata, kerajaan negeri turut mengambil peluang berkenaan untuk menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri pengeluar produk halal yang utama di negara ini.
Kata beliau pelbagai pendekatan sedang dirangka untuk merealisasikan hasrat tersebut termasuk beberapa insentif diberikan kepada pengusaha produk halal.
Sempena ekspo berkenaan pelbagai produk dipamerkan antaranya busana Muslim, tudung, hiasan dinding menggunakan tulisan khat, ubat-ubatan, minuman dan makanan keluaran pengusaha Islam.
Orang ramai juga berpeluang menyaksikan kehebatan seekor gajah yang bernama 'Sunnam' dan seekor unta beraksi. Pada sebelah malam pula diadakan persembahan kebudayaan Islam seperti nasyid dan dikir barat. Ekspo berkenaan akan berakhir 3 Oktober ini.//Hrkh
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
