GUA MUSANG: Sebuah lori tangki membawa muatan tar yang dalam perjalanan dari Seremban, Negeri Sembilan menuju Machang, terbalik dan menghempap lima kenderaan yang diletakkan di tepi jalan, di Bandar Lama di sini kira-kira jam 6.45 pagi semalam.
Berikutan kemalangan itu, tar seberat 21,700 liter dalam tangki lori itu turut tumpah dan mengalir ke dalam longkang di tepi jalan berkenaan dan sebahagiannya dikatakan memasuki Sungai Galas.
Kenderaan dihempap ialah sebuah pacuan empat roda, dua kereta Proton Perdana V6, sebuah Wira Aeroback dan sebuah lori kecil.
Tar dibawa lori itu pula dikatakan untuk dihantar kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) di Machang, katanya.
Kejadian berlaku apabila pemandunya gagal mengawal lorinya selepas tersilap jalan ketika melalui selekoh memasuki bandar itu sebelum terbabas dan terbalik serta menghempap lima kenderaan lain di tepi jalan berkenaan.
Semua kenderaan itu tidak ada orang, kecuali sebuah kereta yang ketika itu pemiliknya sedang tidur selepas selesai berniaga di kedainya berhampiran tempat kejadian.
Mat Zahari Yusof, 30, tidak cedera kerana sempat menyelamatkan diri, kecuali keretanya bersama empat kenderaan lain rosak teruk akibat dihempap lori berkenaan.
Ketika saya baru memejamkan mata, terdengar bunyi seperti letupan dan apabila tersedar didapati asap tebal keluar dari sebuah lori tangki yang ketika itu sudah menghempap beberapa kenderaan termasuk kereta saya.
Waktu itu apa yang saya dapat ucapkan syukur kepada Allah kerana terselamat walaupun kereta rosak teruk bahagian depan dihempap lori terbabit, katanya ketika ditemui di tempat kejadian berhadapan kedainya di sini, semalam.
Pemandu lori tangki berkenaan, Siva Nessan, 37, luka kecil di tangan kanan manakala kelindannya, Senrem, 24, tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Ahmad Sofian Md Yasin, ketika dihubungi, berkata pemandu lori yang dipercayai tidak mempunyai lesen memandu kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini dan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Pegawai Penjaga Bomba dan Penyelamat di sini, Che Mansor Che Lah, ketika dihubungi berkata, tar yang tumpah itu dapat dikawal daripada terus mengalir ke dalam sungai kerana bahan itu membeku lebih cepat.//Bha 29 Sept
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
SPONSORED LINKS
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
