Kalau hendak kata retorik, Bandar Raya Melaka Bersejarah itu tidakkah boleh dianggap sebagai retorik juga, kata Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, hari ini.
Begitu juga katanya dengan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi mengisytiharkan Bandar Raya Islam sebenarnya tidak besar berbanding dengan aktiviti yang disusun.
Bagi saya tidak boleh dianggap pembaziran kerana kita lakukan untuk mengisytiharkan suatu benda baru. Kalau hendak dikira sambutan ulangtahun kemerdekaan negara juga boleh dianggap retorik kerana kerajaan Persekutuan membelanja peruntukan lebih besar.
Begitu banyak bendera dibuat dan dibahagi kepada orang ramai sehingga banyak yang dibazirkan kerana tidak dipasang. Tidakkah perayaan ulangtahun kemerdekaan juga boleh dianggap sebagai membazir, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pameran Tamadun Islam dan Sejarah Kota Bharu sempena pengisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam di sini.
Pameran itu diadakan di Muzium Negeri berlangsung sehingga 31 Disember depan. Pelbagai artifak, gambar dan dokumen sejarah Islam dipamerkan.
Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato Annuar Musa menyifatkan langkah kerajaan negeri mengisytiharkan Bandar Raya Islam sebagai retorik politik mengikut pemikiran pemimpin PAS dan bukan sunnah Nabi saw.
Malah, katanya, pengisytiharan itu dianggap bertentangan dengan Islam kerana membelanjakan sehingga RM2 juta termasuk mengadakan persembahan Mawi.
Menteri Besar berkata, oleh kerana pemimpin terbabit tidak minat kepada Islam dan sering memandang serong terhadapnya, apa sahaja yang dibuat kerajaan negeri dianggap tidak betul.
Sebenarnya kewajiban kita mempopularkan Islam bermula dari rumah, sekolah, persidangan dewan negeri, parlimen dan majlis perbandaran. Itu kewajiban kita sebagai orang Islam kerana telah dilanyak begitu lama oleh penjajah, ujarnya.
Sebelum itu ketika berucap, Menteri Besar berkata, bandar ini signifikan dengan sejarah awal tamadun Islam. Al Quran menceritakan sejarah mengenai sesuatu kaum misalnya Bani Israel, kisah Nabi Adam as, Nabi Muhammad saw yang perlu diketahui generasi sekarang.
Sejarah Islam dan orang Melayu sebenarnya adalah berkait di antara satu sama lain. Bagaimanapun malang generasi muda yang ada sekarang sudah meminggirkan nilai-nilai sejarah, tambah beliau.
Beliau berkata, Kelantan digelar sebagai Serambi Mekah bersesuaian dengan kewujudan institusi pengajian pondok sejak awal tahun 1900 lagi. Pusat pengajian terbabit termasuk
Pondok Lubuk Tapah di Pasir Mas diwujudkan pada 1932, Pondok Pasir Tumbuh (1951) dan Pondok Sungai Durian (1959).
Pegawai Kewangan Negeri, Dato Skhori Mohamad berkata, kerajaan Islam sudah bertapak di Kelantan pada 1181 (577 Hijrah) yang dibuktikan dengan penemuan duit dikenali sebagai al Julus, ditemui di Kota Lubang Labu pada 1914.
Hadir sama, anggota-anggota Exco, Takiyuddin Hassan, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Pengarah Perbadanan Muzium Kelantan, Ahmad Robert Abdul Rahim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman. //Hrkh
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
