KOTA BHARU, 29 Sept Sebuah lagi ladang kelapa sawit akan dibangunkan di kawasan hulu Kelantan yang diusahakan dengan kerjasama syarikat Perancang Venture dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Ladang tersebut bakal dibangunkan di Ulu Nenggiri melibatkan kawasan seluas 2,000 ekar. Kerja-kerja pembangunan ladang itu akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Pagi tadi perjanjian usaha sama membangunkan projek tersebut diadakan di Pejabat Menteri Besar. PMBK diwakili Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik, manakala
Pengarah Urusan syarikat itu, Lim Chim Chee mewakili Perancang Venture.
Lim Chim berkata, ladang tersebut dijangka mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga tahun selepas ditanam. Kami menjangka keuntungan awal sebanyak RM7 juta ringgit, katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Hadir sama di majlis berkenaan Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Mohd Aiseri Alias dan pegawai-pegawai PMBK. //Hrkh
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
SPONSORED LINKS
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
