Haji Husam Musa yang juga pengerusi konsert berkata, memandangkan banyak permintaan diterima daripada pelancong luar Kelantan, kehadiran orang ramai dijangka luar biasa.
Oleh itu katanya, pihak urusetia konsert akan menyediakan sebanyak enam skrin besar berhampiran Padang Perdana. Orang ramai yang tidak berkesempatan untuk hadir boleh menyaksikan konsert berkenaan menerusi web tv di laman web, www.kelantan.gov.my/upkn.
Peralatan pembesar suara yang digunakan juga adalah tercanggih. Diharap penonton tidak bersesak untuk masuk ke tengah padang. Mereka juga boleh mendengar nyanyian dengan jelas daripada kawasan yang agak jauh, katanya pada persidangan media di pejabatnya di sini, hari ini.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, konsert tersebut diadakan tanpa melibatkan unsur-unsur politik, seperti yang cuba dilakukan Putera Umno.
Kita ajak Mawi untuk berhibur sahaja, bukan ada apa-apa motif politik. Sekiranya kita berjaya ramailah nanti akan cemburu dengan kita, katanya.
Sebelum penganjuran konsert Tautan Kasih sebenarnya banyak program hiburan yang diadakan di Kota Bharu termasuk persembahan Ito, Ramli Sarip dan banyak lagi kumpulan nasyid. Konsert tersebut dianjurkan menepati Enakmen Kawalan Hiburan 1998.
Bagaimanapun anggota Exco terbabit berkata, disebabkan nama mereka (artis berkenaan) tidak sehebat Mawi ia kurang diperkata ramai. Selepas ini kerajaan negeri akan membuka ruang kepada semua pengiat seni tanah air untuk membuat persembahan selagi ia tidak melanggar enakmen ditetapkan, katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Umno difahamkan memperalatkan Jabatan
Pelajaran Daerah bagi memaksa guru-guru hadir pada forum perdana yang dianjurkan parti itu di Ketereh malam esok, iaitu sama dengan masa konsert Tautan Kasih.
Seorang guru yang enggan dikenali mendedahkan surat pekeliling tersebut sampai di sekolah semalam, mengarahkan guru-guru hadir pada forum terbabit.
Setiap guru yang hadir akan dicatat pada buku kedatangan yang disediakan. Kami cukup tidak senang dengan tindakan Umno memperalatkan institusi pendidikan bagi mencapai matlamat politik mereka, ujarnya.
Seorang lagi guru berkata, Umno Kelantan sekarang benar-benar terdesak kerana terus memaksa warga pendidik menjadi alat bagi menjayakan agenda politik murahan mereka. //Hrkh
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
