KOTA BHARU, 1 Okt: Artis yang menjadi aura kepada remaja masa kini, Asmawi Ani, 24 menyokong penuh langkah kerajaan negeri mengasingkan penonton lelaki dan perempuan pada konsert alternatif yang diadakan di sini.

“Saya sokong pengasingan tersebut. Saya sokong kerana benda baik.. takkan tak sokong perkara baik,” katanya ketika menjawab soalan juruhebah radio Manis Fm, Liza Rosli petang ini.
Mawi menjadi tetamu radio berkenaan yang disiarkan secara langsung selama setengah jam bermula jam 4 petang tadi. Siaran radio swasta itu boleh diikuti dengan jelas di Kelantan, Terengganu, Pahang, sebahagian Johor, Kedah dan selatan Thailand.

Pada konsert ‘Tautan Kasih’ malam tadi penonton yang hadir dibahagi kepada tiga kategori iaitu perempuan, lelaki dan berkeluarga. Begitu juga dengan majlis pemasyhuran Kota Bharu Bandar Raya Islam di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam ini.

Mawi juga berkata, sebelum datang ke Kelantan beliau diberitahu bermacam-macam unsur negetif mengenai negeri ini, namun apabila datang keadaan berlainan sama sekali.

“Kelantan sama juga sama dengan negeri-negeri ini. Pembangunan juga ada di sini,” katanya. Ketika ditanya juruhebah terbabit haluan masa depannya sama ada mahu menjadi pendakwah atau penyanyi, beliau berkata, bergantung kepada peminatnya.

Menjawab soalan sekiranya ditawarkan berlakon, Mawi berkata, beliau mahu menumpukan perhatian kepada nyanyian terlebih dahulu kerana masih menganggap banyak yang perlu dipelajari.

 

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=2264


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke