KOTA BHARU, 1 Okt: Memukau, berdisiplin, sopan dan Islamik adalah ungkapan mudah bagi menggambarkan konsert alternatif ‘Tautan Kasih’ yang pertama kali diadakan di sini, malam tadi.
Lebih menakjubkan lagi apabila lautan manusia membanjir setiap inci Padang Perdana, lokasi tempat berlangsung konsert dan di atas jalan raya di depan Hotel Perdana dan depan Sekolah Kebangsaan Padang Garong.
Malah lebih ramai lagi peminat terkandas di jalan-jalan utama menghala ke Padang Perdana disebabkan kesesakan yang begitu pandat dan sendat.
Selain itu, konsert tersebut disiarkan secara langsung melalui radio Manisfm dan internet yang diikuti ribuan pengunjung di laman web termasuk di Glasgow, Morocco, Kaherah, Japan. Siaran langsung melalui skrin besar juga boleh diikuti di Taman Melewar dan Kota Tinggi.
Ini secara tidak langsung menolak secara total pandangan sinis pihak tertentu yang memperlekeh dan menolak konsert ‘Tautan Kasih’ yang
dianjurkan kerajaan negeri dengan menjemput artis kelahiran Akademi Fantasia, Mawi.
Acaranya bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan kuliah agama yang disampaikan Adun Meranti, Ustaz Nusuruddin Daud. Kemudian solat IsyaÂ’ yang diimamkan Ustaz Akil Hayy.
Muazim yang melaungkan azan pada solat Maghrib dan IsyaÂ’ iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Annual Bakri Harun. Sejak jam 6 petang lagi, orang ramai sudah berduyung-duyung ke lokasi konsert alternatif.
Bagi wanita mereka tidak lupa mengelek kain sembahyang. Dan tiba di Padang Perdana petugas yang terdiri daripada penguatkuasa Majlis-Majlis Daerah di Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB – BRI), polis, Rela dan Unit Amal memandukan mereka masuk ke lokasi dikhaskan mengikut jantina.
Lelaki berada di sebelah hilir padang, wanita di bahagian hulu dan mereka yang datang berkeluarga dikhaskan di tengah-tengah padang. Jelas sekali kelihatan cukup sopan, teratur dan
berdisiplin.
Anggota Exco kerajaan negeri, Haji Husam Musa sebagai pengerusi program tersebut melahirkan rasa terharu dan bersyukur di atas kejayaan penganjuran konsert terbabit yang jelas berdisiplin dan menepati Enakmen Kawalan Hiburan 1998.
“Ini menepati kehendak Menteri Besar yang mahu konsert yang dijayakan di Kelantan berlainan dengan tempat-tempat lain, di mana setiap yang hadir masing-masing menjaga etika.
“Begitu juga dari aspek persembahan di mana setiap artis yang ditampilkan mempersembahkan lagu yang membawa mesej jelas dan bukan khayal,” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya konsert tersebut jam 11.30 malam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Patah Mahmood berkata, konsert alternatif tersebut adalah antara yang terbaik pernah dianjurkan di negara ini.
Katanya, semua orang yang hadir termasuk golongan remaja tidak mempamerkan aksi yang sering dilihat pada penganjuran konsert di tempat-tempat lain.
Seorang lagi anggota Exco, Dr Nik Mazian Nik Mohamad memuji konsert tersebut yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.
Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar berharap konsert alternatif yang dijayakan di Kelantan menjadi model kepada kerajaan Malaysia bagi diperluaskan ke seluruh negara.
“Ini adalah contoh terbaik yang tidak pernah disaksikan di negara ini. Ini jelas menggambarkan kerajaan PAS Kelantan mampu menganjurkan program hiburan yang jelas tidak bercanggah dengan tatacara Islam,” katanya.
Pengarah Jabatan Kesenian PAS Pusat, Muhaimi Sulam berkata, keberanian Menteri Besar Kelantan bagi menjayakan program ini tidak boleh dipertikaikan lagi selepas melihat sendiri konsert tersebut dijayakan.
http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=2265
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
