Seramai 393 ahli Persatuan Nelayan Kawasan layak terima bantuan yang diperuntukkan daripada RMK-9
BACHOK: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM3.7 juta bagi meningkatkan taraf hidup nelayan Kelantan menerusi dua program bantuan iaitu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan Skim Pinjaman Dana Nelayan (SPDN).
BACHOK: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM3.7 juta bagi meningkatkan taraf hidup nelayan Kelantan menerusi dua program bantuan iaitu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan Skim Pinjaman Dana Nelayan (SPDN).
Bantuan peruntukan daripada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) merangkumi RM1.5 juta bagi SPKR dan RM2.2 juta untuk SPDN, membabitkan 393 nelayan daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Semerak.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata berdasarkan peruntukan itu, 250 nelayan layak menerima bantuan SPKR berbentuk peralatan menangkap ikan, manakala 143 nelayan lagi menerima pinjaman SPDN.
Beliau berkata, dua skim yang diperkenalkan Kerajaan Pusat itu adalah untuk membantu nelayan negeri ini meningkatkan taraf hidup dalam usaha membasmi kemiskinan.
"Kerajaan prihatin nasib golongan miskin terutama nelayan berikutan aktiviti menangkap ikan tidak terjamin dan kebanyakannya menggunakan peralatan tradisional.
"Usaha kita ialah memberi kemudahan dalam bentuk peralatan yang lebih baik dan canggih supaya hasil tangkapan diperolehi dapat menjamin masa depan dan menampung keperluan keluarga.
"Ini membuktikan komitmen Kerajaan Pusat dalam usaha membasmi kemiskinan dan membantu kumpulan sasar seperti nelayan dan petani dilakukan secara berterusan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan SPKR dan SPDN di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pengkalan Petah, dekat sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah LKIM, Datuk Annas Khatib Jaafar dan Pengarah LKIM negeri, Mohd Raslee Ismail.
Mengenai Bajet 2006 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Jumaat lalu, Dr Awang Adek berkata, peruntukan besar untuk kemudahan penduduk luar bandar membuktikan kerajaan mengambil berat kebajikan golongan miskin.
"Kita lihat peruntukan yang diberikan kerajaan kepada penduduk luar bandar dalam sektor pertanian dan pendidikan adalah untuk kemudahan mereka mendapatkan bantuan kemudahan asas, pinjaman dan persekolahan," katanya.
Beliau berkata, kementeriannya mendapat peruntukan lebih RM2 bilion, meningkat hampir dua kali ganda dalam RMK-9 berbanding RM800 juta yang diterima bagi RMK-8 untuk perbelanjaan pembangunan
"Kita bertuah kerana peruntukan bagi 2006 (RMK-9) jauh lebih besar daripada diperolehi 2005 (RMK-8). Ini kerana pada 2005 kebanyakan peruntukan diberikan kepada kementerian tidak banyak kerana berada di penghujung RMK-8.
"Sebab itu, peruntukan yang kita dapat tahun ini lebih RM2 bilion berbanding RM800 juta pada 2005 untuk perbelanjaan pembangunan.
"Ini peruntukan terbaik bagi membolehkan kita meneruskan usaha membantu golongan miskin selaras matlamat kerajaan supaya kemiskinan tegar dihapuskan dalam RMK-9," katanya.//Bha 4 Okt
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
