JELI: Kerajaan Pusat menerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) meluluskan peruntukan RM945,000 bagi melaksanakan Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) tahun ini.

Berikutan itu, 1,907 peserta yang disenaraikan menerusi Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) dan mempunyai anak berusia tidak melebihi 12 tahun layak menerima bantuan berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Ramzi Ab Rahman, berkata bilangan itu mewakili 523 dari Parlimen Jeli dan Tanah Merah, Kuala Krai (1,257) serta Gua Musang (131).

"PTMS mengandungi bekalan makanan berkhasiat dan vitamin termasuk beras, gula, susu, tepung gandum, minyak, bijiran dan minuman.

"Bantuan itu juga diharap dapat meringankan tanggungan keluarga terbabit membuat persiapan awal menjelang Ramadan ini," katanya pada pelancaran program itu di sini, kelmarin.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Balah, Aziz Derasid; dan Adun Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik.

Ramzi yang juga Adun Dabong berkata, tanggungjawab Kesedar adalah untuk membangun kawasan Kelantan Selatan agar menjadi maju, menarik dan menguntungkan amat besar.

Sehubungan itu, katanya, pelbagai program pembangunan setempat dan pembangunan minda akan terus dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Mengikut bancian Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri ada lebih 19,000 keluarga miskin di seluruh Kelantan dan daripada jumlah itu kira-kira 5,228 tinggal di kawasan operasi Kesedar," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kepada keadaan itu sudah pasti penduduk mengharapkan sokongan berterusan kerajaan bagi menyalurkan pelbagai bantuan dari semasa ke semasa.//Bha 4 Okt


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke