PASIR PUTEH, 4 Okt -- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memproses ikan baja di pelabuhan perikanan Tok Bali di sini tidak lama lagi dalam usaha mencegah bot laut dalam nelayan tempatan mendaratkan ikan di Thailand.
Ketua Pengarah LKIM Datuk Annas Khatib Jaafar berkata mesin memproses berharga RM2 juta dari Jepun kepunyaan anak syarikat LKIM akan tiba beberapa hari lagi dan dijangka mula beroperasi akhir bulan ini.
"Mesin berkenaan berkeupayaan memproses lebih 30,000 metrik tan ikan sehari dan mampu menampung kesemua ikan baja yang dibawa oleh nelayan tempatan," katanya kepada pemberita di sini.
Annas berkata hasil pemprosesan itu akan dieksport ke Jepun.
Sebelum ini sebahagian daripada lebih 200 bot nelayan laut dari Kelantan memberi alasan bahawa mereka terpaksa mendaratkan ikan di Thailand yang mempunyai kemudahan memproses ikan baja.
Ini menyebabkan hanya 1.3 juta ikan setahun yang didaratkan di
pelabuhan-pelabuhan perikanan di negara ini dan jumlah itu belum mencukupi bagi menampung keperluan negara.
Annas berharap sebaik sahaja mesin itu beroperasi, kesemua bot laut dalam itu akan mendaratkan hasil tangkapan masing-masing di pelabuhan tempatan terutama di Tok Bali, tanpa sebarang alasan.
Beliau kesal kerana terdapat nelayan tempatan yang diberi lesen meneroka laut dalam telah menyerahkan operasi itu kepada nelayan Thailand bagi mencari keuntungan mudah.//Bernama
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
