KOTA BHARU: Jabatan Perhutanan Kelantan yakin Taman Negeri Gunung Stong dekat Dabong mampu menjadi lokasi pelancongan serta pusat kajian alam flora dan fauna utama negeri ini.

Pengarah Perhutanan negeri, Dahlan Taha, berkata sejak dibuka kepada umum Mac lalu, lebih 2,000 pengunjung terdiri pelajar dan pelancong asing mengunjungi Taman Negeri Gunung Stong itu.

Beliau berkata, taman yang kaya dengan pelbagai spesies tumbuhan baru termasuk herba, pokok bukit, buluh dan lumut itu menarik perhatian pelajar dan pelancong asing yang menjalankan kajian selain menikmati keindahannya.

"Antara langkah jangka pendek untuk memastikan taman itu mampu menarik pelancong, kita mengadakan ekspedisi saintifik membabitkan penyertaan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Jabatan juga menubuhkan jawatankuasa pengurusan bagi melaksanakan pelbagai program dan pentadbiran Taman Hutan Negeri Gunung Stong yang turut menetapkan kadar bayaran masuk.

"Ketika ini, kadar bayaran RM3 dikenakan kepada pelancong asing, RM1 bagi penduduk tempatan serta 50 sen bagi pelajar," katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas taklimat pasukan Penilai Hutan Antarabangsa Sirim QAS diketui Dr Son Kheong Yap yang menjalankan penilaian semula hutan Kelantan yang dianugerahkan Sijil Pengurusan Hutan sejak 2004 sehingga 2009.

Dahlan berkata, jabatan itu juga turut menjalankan kajian penilaian ekonomi ke atas taman hutan negeri Gunung Stong itu dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM).

Katanya, tindakan jangka panjang pula antaranya menanda kawasan hutan secara zon mengikut hasil penemuan ekspedisi saintifik di taman negeri berkenaan seperti flora dan fauna serta biodiversiti.

"Selain itu, kita juga mahu mewujudkan panduan e-pelancongan hutan dan danai hutan dan tempat perkhemahan untuk pengunjung Gunung Stong," katanya.//Bha 11 Okt


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke