KOTA BHARU, 11 Okt - Seramai 3,888 kakitangan kerajaan Kelantan akan menerima bonus yang berjumlah RM6,147,214.25 dan bakal diterima tidak lama lagi.
Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yakob ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2005 pada persidangan DUN petang semalam berkata, pembayaran tersebut akan diagihkan sebanyak dua kali iaitu bulan Oktober dan November ini.
Katanya, ia dibuat selaras dengan pengumuman dibuat Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa membentangkan belanjawan Persekutuan sebelum ini.
Katanya, kakitangan yang berpendapatan sehingga RM1,000 sebulan mereka akan diberi bonus bersamaan satu setengah bulan gaji.Manakala mereka yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan, bonus bersamaan satu bulan gaji akan dibayar tertakluk kepada bonus minimum RM1,500, ujarnya.
Tambahnya, pembayaran bonus dibuat bagi meringankan bebanan kakitangan kerajaan negeri menjelang sambutan perayaan tidak lama lagi serta menampung perbelanjaan persekolahan anak awal tahun depan.
Bayaran pertama pada bulan Oktober manakala bayaran kedua pula pada bulan November, ujarnya. Ketika menggulung perbahasan itu juga, Ahmad berharap wakil rakyat pembangkang, khususnya Dato Mustapa Mohamed (BN - Air Lanas) menggesa Kerajaan Pusat mengembalikan semula pendaratan gas di Pantai Senok, Bachok.
Beliau turut menjelaskan Tabung Serambi Mekah yang diwujudkan kerajaan negeri untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik tanpa membezakan kefahaman politik.
Katanya, semua rakyat yang ditinpa kesusahan, musibah, malapetaka dan seumpamanya menerima sumbangan berkenaan tanpa memilih bulu.//Hrkh
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
