KOTA BHARU, 11 Okt  – Dato’ Hashim Safin (BN - Gual Ipoh) menarik balik tuduhan beliau sebelum ini yang menganggap sekolah agama rakyat (SAR) menipu untuk mendapatkan bantuan perkapita yang lebih.

Pada perbahasan belanjawan pada Khamis lalu beliau mendakwa kerajaan Pusat terpaksa menarik balik bantuan perkapita kerana didapati ada SAR menipu dalam laporannya kepada kementerian.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohd Amar Abdullah semasa menggulung perbahasan semalam berkata, segala tuduhan yang dibuat Adun berkenaan adalah suatu yang berat.

“Menuduh SAR menipu kerana itu bantuan perkapita ditarik adalah suatu tuduhan yang tidak berasas, maka saya minta Yang Berhormat Gual Ipoh mengemukakan bukti terhadap dakwaan itu.

“Kerana sebelum ini kerajaan Pusat mendakwa perkapita ditarik kerana SAR menjadi sarang melatih pengganas atau pelampau agama. Jadi dakwaan yang dibuat dalam dewan ini adalah bertentangan dengan laporan sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun Adun Gual Ipoh gagal mengemukakan bukti terhadap dakwaan itu, menyebabkan penyokong kerajaan meminta beliau menarik balik tuduhan yang tidak berasas tersebut. Kemudian Adun Gual Ipoh bangun dan berkata, “baiklah saya menarik balik dakwaan tersebut”. //Hrkh


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke