Beliau berkata, ia dapat dibuktikan hanya 1.3 peratus kes perlanggaran bakteria sebagaimana yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah program Kawalan Mutu Air Minum Negeri Kelantan 2004.
Beliau berkata demikian ketika berucap menggulung perbahasan Enakmen Undang-undang Sungai-Sungai Dan Tali Air (Pindaan) 2005 pada persidangan DUN petang semalam.
Sebelum itu, Dato' Norzahidi Omar (BN - Pengkalan Kubur) mendakwa air yang disalurkan oleh AKSB tidak sesuai untuk diminum kerana mengandungi kuman yang berbahaya.
Md Anizam bagaimanapun tidak menafikan berlaku perlanggaran terhadap kandungan mineral seperti ferum dan aluminium, namun secara umumnya ia masih selamat untuk diminum.
"Jabatan Kesihatan mengesahkan perkara tersebut melalui pemeriksaan berjadualnya empat kali sebulan. Bukan itu sahaja pemantauan kualiti air juga turut dilakukan oleh Unit Kualiti AKSB di setiap loji rawatan air setiap minggu," ujarnya.
Beliau juga berkata, penggunaan klorin dilakukan bagi mematikan kuman mengikut piawaian yang disyaratkan Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamad berkata, kerajaan Kelantan mengenal pasti beberapa langkah bagi mengatasi masalah lambakan buah-buahan tempatan ketika musimnya.
Katanya, antara langkah diambil misalnya Fama menjual secara terus buah-buahan tersebut di ekspo-eskpo dan pasar tani, yang dibeli daripada pekebun-pekebun kecil.
"Apabila Fama membeli dengan harga yang sesuai ia dapat distabilkan di pasaran," ujarnya. Selain itu, Mardi mengkaji penggunaan teknologi terbaru bagi memproses buah-buahan tersebut untuk dijadikan lempuk, jam dan kueh.
Beliau turut mengingatkan petani tidak lagi menanam buah durian dan dokong bagi mengatasi masalah lambakan atau mencari klon baru yang bermutu tinggi.//Hrkh
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
