Katanya, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Membanteras Gejala Dadah Peringkat Pusat baru-baru ini, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato Noh Omar mengarahkan Kelantan mewujudkan pusat serenti terbabit.
"InsyaAllah kita akan mencari tempat yang sesuai sama ada di kawasan pulau atau di mana sahaja, kalau tak ada pulau yang sesuai, mungkin kita boleh guna Pulau Melaka," ujarnya ketika menjawab soalan tambahan Mohd Shukri Abdul Rahman (PAS -Kadok) pada persidangan DUN semalam.
Terdahulu ketika menjawab soalan Dr Shamshul Ikhwan Dato' Ashari Azmi, (BN -Guchil) Takiyuddin memberitahu kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah penagihan dadah.
Beliau juga berkata, mulai 1 Januari tahun hadapan semua pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga sama ada kali pertama atau kedua diwajibkan menjalani ujian HIV terlebih dahulu. "Langkah ini dibuat bagi mengelakkan berlakunya penularan penyakit HIV dan Aids," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Dato' Anuar Tan Abdullah mengingatkan anggota pembangkang supaya tidak menafikan kejayaan Kelantan dalam sektor pelancongan.
Katanya, pelancong yang mengunjungi negeri ini semakin bertambah setiap tahun sama ada kategori domestik atau antarabangsa yang dapat dibuktikan hasil tempahan bilik hotel sentiasa meningkat. Misalnya kata beliau, Hotel Renaissance mencecah lebih 90 peratus sebulan kadar penginapannya.
"Dulu pihak lawan kata hotel ni besar buat kat sini, siapa nak datang sewa, nah sekarang tuan-tuan sendiri lihat bagaimana perkembangan yang berlaku di hotel tersebut.
"Bahkan menurutnya Renaissance merupakan salah sebuah hotel yang mendapat sambutan pelancong dalam dan luar negara," ujarnya ketika menggulung perbahasan bagi jawatankuasanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, berkata kerajaan negeri akan memperbanyakkan lagi pembinaan jalan kampung tahun depan membabitkan kos RM14.5juta.
"Kita hairan pembangkang mengatakan kita perintah negeri ini sudah 15 tahun, tetapi masih tak buat apa-apa lagi, walhal sudah banyak jalan kampung yang kita bina dan turap di seluruh negeri," ujarnya.//Hrkh
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
