KOTA BHARU, 11 Okt - Pembangkang di negeri ini sekali lagi dikatakan ‘mempersendakan’ Sultan Kelantan apabila menolak Enakmen Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Pindaan) 2005 bagi membolehkan undang-undang itu dicetak semula menggunakan Bahasa Melayu.

Malah, ramai menganggap perjuangan memartabatkan bangsa Melayu yang dilaungkan pemimpin Umno di peringkat Pusat diperkecilkan pemimpin Umno di negeri ini dengan penolakan enakmen tersebut.

Sebelum itu, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam, membawa usul mengenai enakmen terbabit bagi membolehkan mana-mana syarikat swasta mencetak Undang-Undang Tubuh Negeri ke dalam Bahasa Melayu setelah mendapat perkenan Sultan Kelantan.

Bagaimanapun semasa undian dijalankan Speaker, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, kesemua 14 Adun BN yang hadir menolak usul tersebut, manakala 23 wakil rakyat PAS menyokong.

Usul terbabit hanya terhenti setakat bacaan kali kedua sahaja, setelah tidak mendapat sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga anggota Dewan.

Sedangkan sebelum undian dijalankan, Speaker meminta Penasihat Undang-Undang Negeri, Che Muhd Ruzima Ghazali menjelaskan kenapa perlu dibuat pindaan tersebut.

“Pindaan ini perlu dilakukan bagi membolehkan ia diselaraskan dengan cadangan daripada Jabatan Peguam Negara bagi mengemaskini Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak lengkap kerana banyak pindaan baru tidak dimasukkan.

“Selain itu ia amat sukar untuk dibaca kerana banyak tampalan dibuat disebabkan pindaan dilakukan sebelum ini. Selain itu untuk membolehkan ia dicetak semula dalam Bahasa Melayu,” jelas beliau.

Abdul Aziz Derashid (BN - Kuala Balah) semasa membahaskan usul tersebut berkata, kerajaan negeri seharusnya berbincang terlebih dahulu dengan Ketua Pembangkang sebelum membawa usul pindaan terbabit.

Katanya, kerajaan perlu sedar bahawa tanpa sokongan pihak pembangkang pindaan berkenaan tidak akan berlaku, walaupun pindaan yang nak dibuat melibatkan perkara kecil.

Anggota kerajaan, Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri berpendapat pindaan yang hendak dibuat bukan suatu pindaan yang kontroversi dan besar sehingga memerlukan perbincangan diadakan di luar dewan.

“Bagi kita dewan inilah tempat untuk kita berbincang. Bagaimanapun kita berharap pihak pembangkang akan memberikan sokongan terhadap usul pindaan ini demi kebaikan bersama,” katanya.

Sebelum ini Peguam Negara mencadangkan Undang-Undang Tubuh Negeri di seluruh negara dicetak dalam Bahasa Melayu iaitu selaras dengan pindaan serupa dibuat di peringkat perlembagaan negara.

Undang-Undang Tubuh Kelantan sebelum ini hanya menggunakan Bahasa Inggeris dan tulisan jawi sahaja. Sedangkan negeri-negeri lain sudah mencetak Undang-Undang Tubuh ke dalam Bahasa Melayu.

Seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali berkata, Umno sengaja menolak enakmen tersebut biar pun perkara itu merupakan agenda yang diperjuangkan pemimpin di peringkat Pusat.

“Umno di Kelantan sebenarnya mempamerkan sikap ego bagi menggambarkan mereka memiliki kuasa bagi menghalang pindaan dibuat. Sedangkan perkara yang hendak dipinda adalah melibatkan kepentingan Bahasa Melayu itu sendiri,” katanya.

Biar pun begitu persidangan petang semalam telah meluluskan Enakmen Undang-Undang Sungai-Sungai dan Tali Air (Pindaan) 2005 dan Enakmen (Saraan) Anggota-Anggota Pentadbiran dan Ahli-Ahli Dewan Negeri (Pindaan) 2005.//Hrkh


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke