KOTA BHARU: Pohon Meranti Bukit yang ditemui di Hutan Simpan Relai, Gua Musang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pohon terbesar dan berusia lebih 1,000 tahun.
Pengarah Jabatan Perhutanan, Dahlan Taha, berkata pihaknya menerima surat pengesahan MBOR itu dua minggu lalu dan majlis penyerahan sijil secara rasmi akan diadakan bulan depan.
Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka menerima Sijil MBOR itu pada satu majlis yang akan diadakan di lokasi pohon berukur lilit 14.3 meter itu.
"Jabatan sudah menerima surat MBOR yang mengesahkan pohon Meranti Bukit yang ditemui itu adalah spesies bermutu tinggi selain tumbesarannya yang luar biasa.
"MBOR turut mengesahkan pohon berkenaan berusia lebih 1,000 tahun selepas membuat lawatan ke kawasan Hutan Simpan Relai, di Gua Musang baru-baru ini," katanya.
Dahlan berkata, renjer Jabatan Perhutanan di Gua Musang diarah membuat pemantauan dan kawalan rapi terhadap pohon itu bagi mengelak kawasan itu dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab.
"Kita yakin masih ada beberapa pohon spesies istimewa di kawasan hutan simpan kekal di Kelantan dan sedang menjalankan siasatan bagi memastikan spesies yang jarang ditemui itu tidak rosak atau diceroboh," katanya.
Katanya, arahan mengawasi hutan simpan dikeluarkan berikutan kegiatan mencari spesies gaharu selain ada individu tertentu mencuri potongan kayu milik pengusaha balak.
Beliau berkata, sejak penemuan pohon Meranti Bukit dihebahkan media massa, banyak pihak memohon menjalankan kajian mengenai pohon terbabit yang dikenali dengan nama saintifiknya, Shorea Platyclatos, itu.//Bha 14 Okt
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
SPONSORED LINKS
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
