TUMPAT: Tiga keluarga mangsa kebakaran di Kampung Berangan, di sini, dan lapan peniaga di Pasir Mas yang hilang punca pendapatan akibat kejadian yang sama menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM14,000.

Majlis sumbangan daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) itu disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, di Kampung Berangan, Tumpat, kelmarin.

Ketiga-tiga keluarga itu termasuk seorang ibu tunggal masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM2,000, manakala lapan peniaga itu menerima RM1,000 seorang bagi membantu perbelanjaan pada Ramadan dan Aidilfitri.

Ibu tunggal kepada empat cahaya mata, Khatijah Muhamad, 50, berkata ketika ini beliau sekeluarga masih menumpang di rumah kakaknya berhampiran masjid di Kampung Berangan.

"Saya bersyukur menerima bantuan itu dan dapat meringankan beban saya yang berkerja sebagai tukang sapu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Baru," katanya ketika ditemui pada majlis yang diadakan di tapak tiga rumah yang musnah akibat kebakaran di kampung itu.

Dalam kejadian Ahad lalu, tiga keluarga yang membabitkan 32 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca api mancis.

Khatijah berkata, pihaknya gembira menerima sumbangan itu dan berterima kasih kepada Tengku Muhammad Faris kerana sudi hadir menyampaikan bantuan kewangan bagi perbelanjaan beliau sekeluarga.

Seorang lagi mangsa, Hassan Che Mamat, 55, berkata empat anaknya yang masih bersekolah menumpang di rumah anak tirinya yang sudah berkahwin, Maznah Abdullah, 28, di Kampung Padang Temesu di Tumpat.

"Saya sedih melihat empat anak yang masih bersekolah tiga daripadanya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Berangan 1 dan seorang lagi Mohd Hasi Hassan, 13, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan.

"Saya khuatir akibat kebakaran itu akan menjejaskan prestasi anaknya yang masih bersekolah kerana kesemua buku dan kelengkapan sekolah musnah dalam kebakaran itu.

"Sekarang saya hanya berdoa kepada Allah supaya tabahkan hati kami sekeluarga dan semoga anak-anak saya dapat belajar dengan sempurna walaupun dengan keadaan yang daif," katanya.//Bha 18 Okt


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke