MACHANG: Tiga lelaki bertopeng memecah masuk bilik pasangan suami isteri dengan tong gas sebelum melarikan pelbagai barangan dan wang bernilai RM40,000 di sebuah rumah di Kampung Joh Labok, Pulai Chondong, Machang, semalam.
Pasangan terbabit berusia 40 dan 51 tahun yang tidur di biliknya turut diikat kaki dan tangan dengan tali pinggang, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi.
Sebelum itu, seorang daripada tiga penyamun terbabit bersenjatakan pisau pemotong daging masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang selepas memecah jeriji.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Razalli Mohd Yusof, berkata sebaik masuk dalam rumah penyamun terbabit meluru ke arah bilik pasangan suami isteri terbabit.
Menurutnya, penyamun terbabit kemudian mengambil tong gas dengan menghentak ke pintu bilik pasangan terbabit sehingga terbuka.
Pasangan terbabit yang tidak mampu berbuat sesuatu terkejut apabila tiga penyamun terbabit bertindak sedemikian.
Rumah pasangan terbabit digeledah sebelum menemui RM7,000 tunai dan pelbagai barangan termasuk barang kemas dianggarkan bernilai RM33,000, katanya.
Katanya, sejurus selepas itu tiga penyamun terbabit melarikan diri menerusi pintu belakang.
Beliau berkata, pasangan terbabit kemudian membuka ikatan sebelum menghubungi polis.
Sebaik menerima panggilan sepasukan anggota Cawangan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Machang bergegas ke rumah mangsa bagi menjalankan siasatan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata, katanya.
Mohd Razalli berkata, serentak itu gerakan memburu ketiga-tiga penyamun terbabit dilakukan. //HM 18 Okt

Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.