TANAH MERAH: Seorang wanita cedera dibelasah selepas dituduh enggan melayan suaminya ketika bersahur dalam kejadian di taman perumahan dekat Tanah Merah, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 23 tahun, bengkak di kelopak mata dan lebam bibir kanan selain berbirat di kaki kanan kerana dilanggar suaminya dengan kereta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Razalli Mohd Yusof, berkata pertengkaran berlaku tiba-tiba lalu lelaki itu menampar muka isterinya.

Menurutnya, beberapa minit selepas itu ketika mangsa berada di luar rumah suaminya yang memandu kereta melanggar kakinya dan menyebabkan lebam di buku lali kanan.

“Sejurus selepas itu, mangsa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk pemeriksaan dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berdekatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

Katanya, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera dengan sengaja dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Beliau berkata, sehingga ini tiada tangkapan dibuat dan usaha mengesan lelaki terbabit yang berusia 23 tahun sudah dilakukan bagi membantu siasatan.
//HM 18 Okt


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke