KOTA BHARU, 17 Okt - Seramai 10 warga TV3 termasuk personaliti tersohor mengunjungi Bazar Ramadan Kelantan baru-baru ini bagi menyertai majlis pengagihan bantuan kepada anak-anak yatim.

Rombongan itu diketuai Pengerusi Media Prima Berhad, Abdul Mutalib Mohamed Razak dan turut dihadiri personaliti TV3 termasuk Ahmad Noor Sulaiman, Nizal Mohammad, Farrah Adeeb dan Maria Tengku Sabri.

Program anjuran TV3 dengan kerjasama kerajaan negeri itu turut disertai Tengku Ampuan Mahkota Kelantan, Tengku Siti Zubaidah Tengku Norudin serta anggota-anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan.

Pada majlis yang julungkali pernah diadakan itu, Tengku Ampuan Mahkota menyampaikan bantuan zakat kepada 100 penerima di kalangan anak-anak yatim. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Aiseri Alias berharap dermawan terutamanya peniaga turut membantu anak-anak yatim menjelang musim perayaan sekarang.

"Dengan cara ini peniaga bukan sahaja dapat membantu golongan anak yatim, sebaliknya juga dapat membersih harta atau rezeki yang dicari selama ini," ujarnya lagi.

Abdul Mutalib menyifatkan kerjasama di antara kerajaan negeri dan TV3 amat bermakna kerana ia akan dapat mendekatkan lagi hubungan serta mempromosikan negeri ini melalui aktiviti kemasyarakatan sempena bulan mulia sekarang. //Hrkh


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke