SEREMBAN: Felcra tidak pernah bersetuju menyerahkan 5,600 hektar tanah yang dibangunkannya di Kelantan kepada kerajaan negeri itu, tetapi bersedia berbuat demikian jika menerima bayaran setimpal dengan perbelanjaan yang sudah dikeluarkan.

Pengerusinya, Datuk Hamzah Zainudin, berkata Felcra membelanjakan kira-kira RM100 juta membangunkan kawasan itu dengan kelapa sawit dan getah.

"Kita dijemput (kerajaan negeri) untuk membangunkan kawasan itu 15 tahun lalu, tetapi projek itu tidak ada peserta sehingga kerajaan negeri menganggap boleh mengambil balik kawasan berkenaan.

"Persoalannya, Felcra sudah keluarkan belanja besar untuk bangunkan kawasan terbabit. Kerajaan negeri tidak boleh sewenang-wenangnya ambil balik, tetapi perlu lihat bagaimana dapat membayar kepada kita.

"Jadi, tidak timbul isu Felcra menceroboh tanah berkenaan," katanya selepas majlis penyampaian dividen peserta Felcra dan perisytiharan dividen projek Felcra/Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk peserta Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SKPR) Negeri Sembilan 2005, di sini semalam.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Abdullah Sani Abd Hamid dan Ketua Eksekutif Felcra, Datuk Abd Rahman Daud.

Hamzah berkata, pengurusan Felcra sudah berjumpa Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan, Husam Musa untuk membincangkan perkara itu.

"Kedua-dua pihak masih membincangkan perkara ini. Jika Kerajaan Kelantan sanggup bayar jumlah yang kita minta, isu ini boleh selesai dengan segera. Jika tidak, tiada sebab kita serahkan tanah itu," katanya.

Isnin lalu, akhbar melaporkan penafian kerajaan Pas mengenai wujudnya masalah berhubung tindakannya mengambil alih 23 daripada 28 ladang seluas 5,600 hektar di seluruh Kelantan daripada pengurusan Felcra.

Husam dilaporkan berkata pengurusan Felcra sendiri sedia maklum mengenai pengambilalihan itu, malah perbincangan antara kedua-dua pihak diadakan sejak dua tahun lalu.

Katanya, Felcra pada asasnya bersetuju menyerahkan 5,600 hektar kepada kerajaan negeri dan menerima lima ladang seluas 1,600 hektar sebagai balasan atas usaha agensi itu membangunkan ladang berkenaan sejak 1995.//Bha 19 Okt


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke