RANTAU PANJANG, 18 Okt  - Rundingan antara kerajaan negeri dengan Felcra berhubung pengambilan semula ladang seluas 10,000 ekar (5,600 hektar) yang dibangunkan agensi itu akan selesai sekurang-kurangnya sebulan lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa berkata, Felcra akan menyerahkan 23 daripada 28 ladang kepada kerajaan negeri selepas mereka menyelesaikan beberapa perkara termasuk akaun.

"Kerajaan negeri juga akan serahkan semula seluas 1,600 hektar kepada Felcra sebagai balasan bersusah payah membangunkan ladang tersebut sejak 1995," ujarnya.

Husam juga turut menafikan rundingan berkenaan menghadapi masalah sebagaimana disebut Pengerusi Felcra sebelum ini. "Tak ada sebarang masalah, bahkan rundingan ini berjalan baik sebagaimana biasa.

"Kita ucapkan terima kasih pada Felcra di atas kerjasama yang diberikan selama ini termasuk sewaktu perundingan dibuat," ujarnya kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat hajat berhubung mengambil-alih ladang itu, kelmarin.

Solat sunat hajat itu diadakan di Markas Tarbiah PAS Rantau Panjang diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Husam juga turut mengulangi kerajaan negeri ingin mengurus sendiri tanah terbabit bertujuan untuk membantu golongan miskin di negeri ini melalui pengagihan dividen hasil keuntungan ladang.

Pada persidangan DUN lalu, Husam menjelaskan kerajaan negeri akan mengambil balik ladang kelapa sawit yang dibangunkan Felcra di Rantau Panjang memandangkan ia dibangun di atas tanah kerajaan.//Hrkh


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke