JELI: Umno Jeli tidak mengamalkan diskriminasi dalam mengagihkan pelbagai bantuan kepada rakyat sepanjang Ramadan serta menjelang Aidilfitri bulan depan.

Ketua Bahagian yang juga Ahli Parlimen, Datuk Mustapa Mohamed, berkata setiap peruntukan yang diperoleh diagih kepada golongan kurang bernasib baik tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

"Kita tidak ketepikan golongan yang amat memerlukan bantuan walaupun menyedari mereka mungkin berlainan haluan politik.

"Bagaimanapun, Umno tidak boleh berjanji dapat memenuhi segala kehendak rakyat termasuk menerima bantuan berkenaan kerana pemberian itu mesti mengambil kira syarat ditetapkan," katanya.

Beliau ditemui ketika menziarahi beberapa keluarga penduduk kurang bernasib baik di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Balah, dekat sini, semalam.

Sempena program itu, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga terbabit bagi meringankan perbelanjaan mereka menjalani ibadat puasa dan menyambut hari lebaran akan datang.

Mustapa yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pelbagai bantuan dihulurkan sempena Ramadan dan menjelang Aidilfitri kepada golongan kurang bernasib baik di Parlimen Jeli tahun ini.

"Bantuan merangkumi barangan makanan dan minuman tambahan, pakaian serta wang saku yang diagihkan kepada fakir miskin, warga tua, anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya," katanya.//Bha 20 Okt


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke