KOTA BHARU: Semua syarikat bas ekspres negara ini digalak memasang Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang boleh merekodkan pelbagai kejadian sepanjang perjalanan kenderaan hingga ke destinasi dituju.

Peralatan itu juga boleh memberi maklumat mengenai lokasi kemalangan berlaku, bas yang dipandu laju atau berhenti di tepi jalan meskipun tidak dimatikan enjin.

Ketua Penolong Setiausaha Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Wilayah Timur, Wan Abd Aziz Wan Mahmood, berkata sistem itu amat praktikal terutama bagi mengurangkan kemalangan di musim perayaan ini kerana pergerakan kenderaan itu boleh dipantau menerusi komputer di pejabat.

Beliau berkata, sistem itu sudah praktikkan syarikat petroleum antarabangsa di negara ini yang memasang alat berkenaan kepada semua lori tangki.

"Kalau lori tangki petroleum begitu mengutamakan keselamatan jalan raya dan menggunakan sistem itu, sudah pasti bas ekspres lebih besar lagi tanggungjawabnya kerana membawa nyawa penumpang yang ramai.

Beliau berucap merasmikan Kempen Keselamatan dan Budi Bahasa di jalan raya bertema `Ambo Tok Se Kemalangan' dan `Kalau Baik Hati Orang Pun Sayang' anjuran syarikat bas ekspres, Konsortium E-Mutiara Bhd di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara, Che Ibrahim Ismail dan Pengurus Pentadbiran Trafik dan Undang-undang syarikat itu, Naemah Ya'acob.

Wan Abd Aziz berkata, bas ekspres paling banyak mengorbankan mangsa dalam sesuatu kejadian dan sebahagian besar berpunca kecuaian pemandu memandu laju serta sikap tidak berdisiplin.

"Setakat ini kemalangan jalan raya yang sering mengorbankan banyak nyawa ialah bas ekspres," katanya.

Katanya, menjelang sambutan Aidilfitri ini, LPKP akan menempatkan pegawai penguatkuasanya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengawasi kegiatan penjualan tiket secara haram di semua stesen bas.

Ini kerana, katanya, pihaknya menerima aduan mengenai tiket bas ekspres pada musim perayaan ini semakin sukar diperolehi.

"Kita mendapat maklumat sebahagian besar tiket bas ini dikatakan sudah dibeli dengan jumlah banyak oleh `ulat tiket' yang akan menjual pada saat akhir menjelang hari raya kepada orang ramai dengan harga lebih tinggi.

"Jadi, kita akan mengawasi kegiatan ini bersama JPJ dan KPDNHEP untuk membanteras ulat tiket ini," katanya.//Bha 21 Okt


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke