KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahkan kematian kanak-kanak perempuan, 8, dari Kampung Kubur Panchor dekat Padang Tembak pada Ogos lalu akibat denggi.

Murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Datuk Hashim 2 dekat Pengkalan Chepa, Siti Ros Adila Che Rosdi, (gambar) meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 18 Ogos.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir, berkata laporan perubatan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan kelmarin, mengesahkan punca kematian kanak-kanak itu.

Beliau berkata, sehingga Sabtu lalu, 1,079 kes denggi dilaporkan di seluruh negeri ini termasuk 122 kes demam denggi berdarah serta satu kematian iaitu kanak-kanak itu.

Katanya, pemeriksaan sepanjang tempoh itu mendapati 715 premis menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, manakala 44 kawasan hitam wabak denggi di seluruh negeri.

“Berikutan itu, 587 pemilik premis itu dikompaun dengan jumlah denda yang dikutip ialah RM38,840, manakala 109 pemilik premis lagi diberi amaran,” katanya.

Dr Ahmad Razin berkata, sebelum kejadian menimpa kanak-kanak itu, pihaknya melakukan semburan kabus di sekitar perumahan Jabatan Perumahan Negara (JPN) dekat Padang Tembak pada 4 Ogos lalu.

Katanya, pihaknya mengenal pasti perumahan itu adalah kawasan hitam yang berisiko tinggi sebagai tempat pembiakan jentik-jentik dan nyamuk Aedes apabila banyak bekas tayar dan tin kosong terbiar.//21 Okt


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke