KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) memohon peruntukan RM14 juta daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi membina dan membaik pulih hampir 100 jambatan dalam kawasan pentadbirannya.

Pengerusi Kada, Datuk Seri Annuar Musa, berkata senarai jambatan terbabit sudah dihantar kepada ICU dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) untuk tindakan lanjut.

Katanya, langkah membaik pulih dan membina jambatan itu selaras dengan usaha Kada meningkatkan prasarana kawasan pentadbirannya di samping menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membaik pulih prasarana serta jambatan.

"Kita sudah buat permohonan sebanyak RM14 juta kepada ICU. Jika Kada peroleh peruntukan itu, program yang sedang berjalan sekarang, iaitu membaik pulih hampir 100 jambatan akan kita perluaskan ke semua jambatan dalam kawasan Kada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian zakat kepada kakitangan Kada oleh Bank Rakyat di ibu pejabat Kada, Lundang, di sini, kelmarin.

Dalam perkembangan berkaitan, Annuar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, Kada akan membuat kajian untuk membangun kawasan tinggi di Lojing, dekat Gua Musang, dengan membina pusat latihan petani muda membabitkan diri dalam pertanian komersial.

Katanya, kajian itu membabitkan kerajaan negeri itu lebih menumpukan kepada penyusunan semula dan mengemaskinikan pusat latihan sedia ada merangkumi ladang praktikal dan ladang komersial.

"Kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri kerana mereka mempunyai jawatankuasa pemandu pembangunan tanah tinggi Lojing, di mana Raja Perempuan Kelantan selaku Penasihat.

"Jadi, ada banyak idea yang kita lihat bagus dan Kada akan turut sertainya. Kalaupun tidak dalam bentuk ladang komersial kita mahu membabitkan diri dalam melatih petani muda yang berminat dalam pertanian intensif tanah tinggi, dan ini akan kita mulakan serta merta," katanya.

Beliau berkata, Kada mempunyai kawasan 200 hektar di tanah tinggi Lojing yang berpotensi amat baik untuk diusahakan.

Katanya, Kada sudah memohon peruntukan awal RM500,000 untuk projek itu yang mungkin diusahakan secara penswastaan.//Bha 21 Okt


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke