KOTA BHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memberi jaminan peserta Projek D'raja Kampung Banggol di sini yang mengusahakan tanaman tembikai tidak akan menghadapi lambakan hasil pengeluaran.

Pengarah Fama Kelantan, Mohd Basri Jasmo, berkata masalah lebihan atau tidak dapat dipasarkan kini sudah diatasi menerusi kontrak pembelian dengan peserta projek itu sejak diperkenalkan empat tahun lalu.

Beliau berkata, menerusi kontrak itu Fama akan membeli semua hasil pertanian yang diusahakan petani projek terbabit mengikut jadual.

"Setakat ini, Fama dan peserta projek terbabit tidak menghadapi masalah dari membeli hasil pertanian itu sebelum menjualnya dalam pasaran tempatan.

"Fama memberi jaminan hasil pertanian yang diusahakan petani projek terbabit tidak menghadapi masalah pemasaran dan lambakan akibat tidak laku atau lebihan pengeluaran," katanya.

Mohd Basri berkata demikian selepas melancarkan program pembelian tembikai wangi bagi musim ketiga Projek D'raja Kampung Banggol di sini, kelmarin.

Projek D'raja Kampung Banggol diusahakan 17 peserta dengan sokongan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Fama serta Pejabat Tanah dan Jajahan sebagai agensi induk.

Mengenai pengeluaran musim ketiga projek itu tahun ini, Basri berkata, Fama dijangka membeli antara 50 hingga 60 tan tembikai wangi yang dihasilkan peserta terbabit dengan 80 peratus dipasarkan di luar Kelantan.

Beliau berkata, buah tembikai wangi yang dihasilkan petani terbabit dibeli pada harga borong 80 sen sekilogram bagi Gred A, manakala Gred B (50-60sen/kg) dan Gred C (40sen/kg).

Peserta, Abdul Wahab Abdul Rahman, 65, berkata hasil buah tembikai wangi yang dipetik sepanjang tiga musim tahun ini lebih banyak berbanding tahun lalu.

"Tahun ini, kami jangka dapat petik 10 tan tembikai wangi berbanding satu hingga lima tan sepanjang musim tahun lalu," katanya yang berasal dari Kampung Sireh, Bawah Lembah, di sini.//Bha 21 Okt


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke