KOTA BHARU, 25 Okt - Biar pun golongan orang kurang upaya (OKU) 
kurang diberi perhatian banyak pihak, namun kerajaan Kelantan tetap 
meraikan mereka sama seperti anggota masyarakat lain. 

Baru-baru ini persatuan terbabit dengan kerjasama kerajaan negeri 
menganjurkan program Ihya Ramadan yang diadakan di Masjid al Ridha, 
Lorong Merican, Jalan Telipot dihadiri hampir 100 ahli. 
Sebahagian besar mereka yang hadir pada majlis berbuka puasa itu 
adalah ahli-ahli Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK) termasuk yang 
datang dari Terengganu. Ia dirasmikan anggota Exco kerajaan negeri, 
Haji Husam Musa.

Ketika berucap di majlis itu, Husam berkata, program itu diadakan 
bertujuan mendedahkan syiar Islam kepada warga pekak melalui majlis 
berbuka puasa. 

"Kita berharap dapat melahirkan orang pekak yang beriman dan 
menghayati Islam dalam kehidupan seharian," katanya. Ucapan itu 
diterjemah oleh jurubahasa isyarat.

Beliau juga berharap OKU tidak merasa diri mereka terpinggir daripada 
masyarakat biar pun dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna seperti 
insan lain. 

"Walau pun anda semua tidak boleh mendengar, Insya Allah di akhirat 
nanti semua akan boleh mendengar. Allah tidak menilai manusia melalui 
sempurna sifat atau pun tidak. Kesempurnaan manusia diukur melalui 
ketaqwaan," tambahnya.

Beliau juga berkata, sehingga kini belum ada pendekatan dakwah yang 
sesuai untuk membolehkan orang pekak memahami agama dengan lebih 
mudah. 

Presiden Yayasan Orang Pekak Malaysia (MDF), Sazali Shaari berkata, 
MDF mempunyai 13 persatuan gabungan di seluruh negara yang mengambil 
berat mengenai hal ehwal Islam orang pekak.

"Sejak ditubuh tujuh tahun lalu, MDF dengan kerjasama jabatan dan 
majlis agama negeri telah mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan, 
antaranya kelas bimbingan agama, khemah ibadat, kelas Kafa kanak-
kanak dan perkhidmatan jurubahasa isyarat sewaktu khutbah Jumaat," 
katanya.

Bagaimanapun katanya, mulai tahun ini program terbabit dikendalikan 
sepenuhnya POPK. Selain itu, MDF menerbitkan VCD bimbingan solat 
dalam bahasa isyarat dengan menterjemahkan surah tertentu. 

"Projek ini mendapat `lampu hijau' dari Majlis Ulama Malaysia dan 
sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia," ujarnya. 

Presiden POPK, Razani Ramli berkata, POPK mengadakan kelas agama 
fardhu ain setiap dua minggu sekali dengan dibiayai hasil sumbangan 
kerajaan negeri. Pada majlis berkenaan juga Husam menyampaikan 
sumbangan peribadi sebanyak RM500 kepada POPK.//Hrkh







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke