KOTA BHARU, 25 Okt - Seorang kanak-kanak Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti), Mohd Farih Azman, 6 dari Pasti Fatimah Az-Zahra hanya mempunyai ketinggian 61 sentimeter berbanding kanak-kanak normal 100 cm.
Beliau tampil ke pentas utama di sebuah hotel di sini baru-baru ini untuk menerima sijil tamat prapersekolahan dari Setiausaha Pasti Negeri, Zuraiddin Abdullah pada majlis Konvokesyen Pasti peringkat Parlimen Kota Bharu.
Kehadiran Farih menjadi tumpuan umum termasuk Speaker DUN Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah serta dif-dif jemputan lain. Kanak-kanak istimewa itu adalah anak kepada pasangan suami isteri Azman Omar, 35 dan Norizan Harun, 32 dari Kampung Merbau.
Farih bukan sahaja mempunyai ketinggian yang tidak normal, sebaliknya juga mempunyai ukuran lilit kepala yang agak besar berbanding kanak-kanak seusianya.
Azman ketika ditemui memberitahu, Farih anak kedua dari lima adik beradik hanya sepanjang 45 sentimeter semasa dilahirkan.
"Sewaktu umurnya enam bulan, didapati kepalanya menjadi semakin besar, menyebabkan pihak hospital mahu membuat pembedahan bagi mengeluarkan air dalam kepalanya.
"Bagaimanapun saya enggan memberi keizinan, saya tak sanggup menghadapi semuanya bayangkanlah kepala anak dalam keadaan baik, tiba-tiba orang nak bedah. Bagaimanapun lama kelamaan saya terpaksa akur juga," ujarnya.
Beliau dan isteri menerima takdir yang menimpa ke atas anaknya itu dengan rela hati. Ekoran itu, dengan kehendak Allah juga kepala Farih semakin normal selepas pembedahan ketika berusia tiga tahun.
Namun sehingga kini, masih ada lagi air yang bertakung di dalam kepalanya. Menurut Azman, biar pun Farih cacat dari segi ketinggian di samping kepalanya agak membesar, namun dia seperti kanak-kanak lain dan mampu menghafal doa, mengira serta menulis.
Norizan memberitahu sewaktu mengandung beliau tidak mengalami sebarang masalah. Bagaimanapun selepas Farih dilahirkan doktor ragu-ragu mengenai ketinggiannya. Farih seorang kanak-kanak istimewa menjadi perhatian umum, biar pun ke mana sahaja beliau pergi.//Hrkh
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
