KOTA BHARU, 26 Okt – Kalau disebut Kelantan sebagai pelopor dalam 
banyak aspek pentadbiran kerajaan, ada pihak tidak senang hati. 
Misalnya cuti mingguan dua hari seminggu dan cuti bersalin 60 hari. 

Setelah lama dilaksanakan di Kelantan baru kerajaan Persekutuan 
mengekorinya dari belakang. Cuti dua hari seminggu dilaksanakan di 
negeri ini sejak hampir 15 tahun lalu, sedangkan Pusat baru beberapa 
bulan lalu. 
Bagaimanapun hari ini kerajaan negeri yang ditadbir PAS mencetus satu 
lagi pemikiran baru apabila sedang mengkaji cadangan membayar gaji 
kepada kakitangannya dua kali sebulan. 

Sekiranya ia benar-benar direalisasikan, Menteri Besar, Tuan Guru 
Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat wajar dinobat sebagai `bapa kebajikan 
pekerja' era terkini. 

Ketika sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini, beliau berkata, 
kerajaan Kelantan sedang mengkaji kertas cadangan berhubung perkara 
tersebut. 

"Perkara ini telah lama diamalkan di London. Jadi kita ambil teori 
itu bawa ke negeri kita. Kita nak kaji positif dan negatifnya dulu. 
Kesan positifnya, apabila dibayar gaji dua kali, mereka yang 
berhutang dapat meringankan sedikit bebanan hutang dan kedai-kedai 
runcit tidak mengalami masalah sangat.

"Dari segi negatifnya pula ia boleh menghilangkan sifat menabung. 
Amalan penabungan boleh menjadi kurang. Di samping itu kerajaan 
negeri perlu menambah pegawai. Kos pentadbiran juga akan bertambah," 
katanya.

Beliau berkata, sekiranya cadangan itu dilaksanakan Kelantan menjadi 
negeri pertama yang melaksanakan pembayaran gaji dua kali sebulan di 
negara ini. 

Kata beliau, hasil kajian itu dijangka dapat diketahui awal tahun 
depan. "Ia juga mungkin dilaksanakan secara berperingkat-peringkat 
bermula dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Ia akan melibatkan 
seramai 5,000 kakitangan," katanya. //Hrkh







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke