Perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
KOTA BHARU, 12 Nov – Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa menziarahi
ibu kepada bekas anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Noor Yusof, yang
meninggal dunia pada usia 100 tahun, pagi tadi.

Hajah Khatijah Sulaiman meninggal dunia akibat sakit tua di rumah
anaknya di Kampung Surau Kota kira-kira jam 8 malam tadi. Almarhum
adalah cucu kepada Tok Fakih Abdullah, seorang ulama tersohor dari
Acheh.
Jenazahnya disembahyangkan kira-kira jam 10.30 pagi tadi dengan
diimami Ustaz Noor iaitu anak kedua almarhum. Beliau meninggalkan
enam anak dan lebih 50 cucu dan cicit.

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Surau Kota. Cucunya,
Alias Mohd Noor merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan Naib
Presiden PAS dan orang ramai yang datang menziarah.

Ustaz Noor adalah bekas anggota Exco kerajaan negeri di era Dato'
Asri Muda. Sebelum menyertai politik bertugas sebagai kadi. Biar pun
usianya sudah lanjut, namun masih menjalankan kegiatan menternak
kambing secara komersial.//Hrkh

terima kasih krn forward berita ini:Drp cicit hajah khatijah Sulaiman




Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke