KOTA BHARU, 13 Nov – Bekas anggota jawatankuasa MCA Bachok, Lim Yu 
Hong berharap masyarakat Cina di Pasir Mas menghargai sumbangan 
kerajaan negeri terhadap mereka sebelum ini. 

"Kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz 
Nik Mat sememangnya amat prihatin dan memberikan layanan yang adil 
kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum," katanya di sini. 
Kata beliau, sekarang masa terbaik bagi masyarakat Cina di Pasir Mas 
membuktikan mereka menghargai setiap sumbangan kerajaan negeri kepada 
mereka.

"Biar pun sebagai kaum minoriti tetapi kepemimpinan Tuan Guru Dato' 
Nik Abdul Aziz amat mengambil berat dan menghargai peranan kami. 
Selain itu wakil-wakil rakyat PAS mudah diajak berbincang," katanya.

Tambah Lim, sejak PAS memerintah Kelantan banyak masalah orang Cina 
diselesaikan termasuk meluluskan tanah kubur untuk masyarakat Cina di 
beberapa tempat, menyelesaikan surat hak milik tanah dan tidak 
menghalang aktiviti kebudayaan kaum lain.

Selain itu katanya, anggota Exco, Dato' Anuar Tan Abdullah sentiasa 
menyalurkan bantuan kewangan bagi membantu sekolah-sekolah Cina.

"Maka saya menyeru kepada semua pengundi dari kaum Cina dan Siam di 
Pengkalan Pasir sama-sama membantu memenangkan calon PAS bagi 
meneruskan kepemimpinan yang ikhlas dan jujur," katanya.

Quek Bee Siew berkata, kerajaan Kelantan juga melantik orang Cina 
sebagai Penghulu Tanpa Mukim sebagai perantara di antara kerajaan 
negeri dengan masyarakat Cina.

"Misalnya dengan bantuan Penghulu Tanpa Mukim permohonan saya untuk 
mendapatkan kerusi roda bagi kegunaan suami saya yang terpaksa 
dipotong kakinya akibat penyakit kencing dilulus kerajaan negeri," 
ujarnya.

Sedangkan katanya, pada pilihan raya umum lalu, calon BN di Bachok 
berjanji hendak memberikan bantuan tetapi sehingga sekarang belum 
mendapat apa-apa daripadanya.

"Mereka hanya pandai berjanji sahaja tapi tidak pernah ditunaikan, 
sedangkan kepemimpinan PAS tidak pernah menabur janji, tetapi apabila 
kita mohon bantuan mereka dengan mudah menghulurkan bantuan.

"Ini menggambarkan pemimpin PAS ikhlas menyelesaikan masalah rakyat. 
Selain itu kepemimpinan kerajaan negeri sekarang amat mesra rakyat 
dan mudah untuk dibawa berbincang," katanya.//Hrkh






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke