PASIR MAS, 14 Nov -- Kira-kira 20 peratus atau lebih 3,000 daripada 18,411 pengundi berdaftar bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir kini tinggal di luar Kelantan seperti di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa.
Sehubungan itu, katanya, badan perhubungan itu akan bekerjasama rapat dengan semua badan-badan perhubungan Umno negeri untuk mendapatkan maklumat mengenai pengundi Pengkalan Pasir yang kini berada di kawasan lain. "Kita masih belum dapat angka tepat.... Kita dalam peringkat akhir mengemaskinikan senarai pengundi berkenaan bagi memastikan mereka balik menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi," katanya kepada pemberita di sini Isnin. Annuar berkata Barisan Nasional (BN) mengharapkan lebih 80 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Dis ini. Pilihan raya kecil akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar, 55, akibat kanser hati pada 31 Okt lepas. Pada pilihan raya umum lepas, Wan Abdul Aziz, yang bertanding atas tiket PAS, menewaskan calon BN, Hanafi Mamat dengan majoriti tipis 56 undi. Wan Abdul Aziz mendapat 7,168 undi manakala Hanafi 7,112 undi. Kelantan satu-satunya negeri di bawah pimpinan PAS dan parti itu menguasai 24 kerusi dan Barisan Nasional (BN) 21 kerusi dalam pilihan raya umum lalu. Annuar juga berkata Umno Kelantan mula mengumpul maklumat mengenai pengundi setempat bagi menentukan keperluan mereka terutama golongan kurang upaya, warga emas dan yang uzur supaya mereka dapat menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.//Bernama ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
