KOTA BAHARU, 14 Nov -- Lebih banyak kolej komuniti dirancang dibuka di institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik Kementerian Pengajian Tinggi pada masa depan.
Menteri berkenaan Datuk Dr Shafie Mohd Salleh berkata pendekatan baru itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjimatkan masa dan kos pembinaan. Dengan itu, bakal pelajar boleh memulakan latihan kemahiran di kolej komuniti tanpa menunggu masa pembinaan yang lama, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolej Komuniti Cawangan Kok Lanas dekat sini Isnin. Kolej itu dibina dalam kawasan Politeknik Kota Baharu Kok Lanas hanya dalam masa sebulan. Katanya kolej itu mungkin mengambil masa sehingga dua tahun untuk dibina jika menggunakan pendekatan yang sedia ada itupun melalui tender terbuka. Menurut Shafie, pihaknya menunggu dua tahun untuk mendapatkan tapak bagi pembinaan kolej komuniti di Ulu Langat, Selangor tetapi melalui pendekatan itu, kementerian berjaya membina kolej itu di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam masa yang lebih pantas. Kolej komuniti itu yang beroperasi di bangunan asrama UKM yang tidak lagi digunakan ternyata menjimatkan belanja kerana kementerian hanya menggunakan peruntukan yang kecil untuk mengubah suai bangunan berkenaan, katanya. Katanya UKM juga bersedia untuk memberikan khidmat tenaga pensyarahnya secara sambilan terutama dalam bidang kejuruteraan kepada pelajar kolej komuniti itu. "Dengan cara ini, saya rasa gabung jalin antara kolej komuniti dengan politeknik, kolej komuniti dengan IPTA dan ketiga-tiga sekali, dapat kita satukan untuk dimanfaatkan bersama," katanya. Ekoran kejayaan itu, kementerian berhasrat memperluaskan pendekatan baru itu dengan membabitkan kesemua 17 IPTA di negara ini secara berperingkat. Pendekatan yang serupa juga akan digunakan di IPTA terbaru yang akan dibuka di Terengganu tahun depan dan ia juga lebih mudah kerana IPTA itu adalah berbentuk kolej universiti, katanya.//Bernama ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
