PASIR MAS, 16 Nov - Keunikan masyarakat Cina di Kampung Sakar di sini 
yang mengamalkan cara hidup kaum Melayu di samping mengekalkan budaya 
Cina telah dikenal pasti untuk program homestay.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata 
keunikan kehidupan masyarakat Cina di kampung itu ialah mereka dapat 
hidup bahagia di dalam masyarakat Melayu dengan mengekalkan tradisi 
nenek moyang mereka di China.

Kementerian bercadang mengadakan program homestay bagi menggalakkan 
pelancong dari China mengenali dengan dekat cara hidup masyarakat 
Cina yang sudah beratus tahun tinggal di situ, katanya kepada 
pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri anjuran Majlis NGO 
Kelantan di sini hari Rabu.

Daripada kira-kira 3,000 orang tinggal di kampung itu, kira-kira 100 
buah rumah didiami kaum Cina.

Zahid berkata rumah masyarakat Cina di kampung itu diperbuat daripada 
kayu, berbumbung lentik dengan beranda di ruang legar yang luas 
merupakan seni budaya bagi masyarakat Cina di China.//Bernama





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke