KOTA BHARU, 19 Nov – Ketua Perhubungan Antara Kaum Kelantan, Ong Thim 
Kwang, berkata masyarakat Cina bersedia memberikan sokongan kepada 
calon bukan semata-mata hanya membalas budi kerajaan negeri terhadap 
kaum terbabit.

Katanya, kaum Cina akan memberikan sokongan padu kepada calon PAS 
dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir 
pada 6 Disember ini kerana PAS yang menjadi tonggak kepimpinan 
kerajaan negeri hari ini. 

"Kita memberi sokongan kali ini bukan atas dasar membalas budi, 
tetapi amat berpuas hati terhadap kepimpinan kerajaan negeri di bawah 
Menteri Besar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selama ini," 
katanya. 

Tambahnya, sokongan sebahagian dari mereka juga menyebabkan calon-
calon PAS sebelum ini memenangi dalam pilihan raya umum lalu biarpun 
dalam majoriti yang kecil. 

"Tidak ada sebab kenapa kepimpinan kerajaan negeri hari ini harus 
dipinggirkan memandangkan pelbagai kemudahan untuk rakyat termasuk 
golongan bukan Islam dapat dikecapi bersama," ujarnya. 

Sehubungan itu, beliau turut menggesa pengundi Melayu sewajarnya 
memberikan sokongan kepada calon PAS. 

Tambahnya, amat tidak wajar para pengundi beragama Islam harus 
menolak calon PAS yang berjuang untuk menegakkan keamanan untuk semua 
bangsa di negeri ini.//Hrkh






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke