RANTAU PANJANG, 20 Nov – Perubahan dan pembangunan, itulah modal 
politik yang dijaja pemimpin Umno di DUN Pengkalan Pasir sekarang, ia 
seolah-olah menggambarkan Kelantan tidak ada pembangunan. Namun 
hakikat sebenar tidak sebagaimana didakwa mereka. 

Hari ini terbukti lagi apabila pusat membeli belah yang dikenali 
sebagai Mydin Mart Rantau Panjang dibuka secara rasmi. Perasmiannya 
disempurnakan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik 
Mat. Pasar raya itu akan menjadi tumpuan kepada penduduk tempatan 
dari negara jiran.
Mydin Mart merupakan cawangan kelima dan pertama di Pantai Timur. 
Menteri Besar berkata, dengan wujudnya pasar raya tersebut ia 
membuktikan ekonomi masyarakat di Kelantan stabil kerana rakyatnya 
mempunyai kuasa membeli yang tinggi. 

"Ini secara tidak langsung menjawab suara sumbang yang mengatakan 
Kelantan mundur serta tiada pembangunan. Kenyataan seperti itu adalah 
kenyataan orang yang kecewa. Mana mungkin pelabur berani untuk 
melaburkan wang mereka sekiranya negeri ini mundur serta kuasa 
rakyatnya rendah," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa bangga di atas kesediaan 
pelabur termasuk Mydin memberanikan diri untuk mengembangkan operasi 
perniagaan di negeri ini.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, 
Perindustrian dan Sumber Manusia negeri, Haji Zulkifli Mamat, 
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Dato' Ameer Ali dan 
Pengerusi Rancak Jasa Sdn Bhd, Mohd Hassan Salleh.

Zulkifli pula berkeyakinan dengan wujudnya Mydin Mart akan membantu 
peluang perniagaan di kalangan bumiputera khususnya peruncit di 
kawasan berdekatan.

Sebaliknya, kata beliau kewujudan pasar raya terbabit tidak akan 
mematikan peniaga kecil, sebaliknya akan menyuburkan perniagaan 
mereka termasuk di kalangan peniaga yang hampir gulung tikar.

"Hasil kajian yang kita buat begitulah, kita dapati peniaga kecil 
bukan akan berkubur sebaliknya bertambah maju dengan adanya pasar 
raya borong sebegini, sebab mereka boleh membeli pada kadar harga 
yang rendah," ujarnya.

Mydin diasaskan oleh Mydin Mohamed pada asalnya beroperasi hanya 
secara kecil-kecilan sejak tahun 1957, kini muncul sebagai syarikat 
bumiputera yang unggul dalam perniagaan. 

Sehingga kini terdapat sebanyak 15 gedung borong Mydin di seluruh 
negara, lima daripadanya Mydin Mart. Selain itu sebuah hypermarket 
borong yang pertama di negara ini dalam proses pembinaan di Subang 
Jaya.//Hrkh








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke