PASIR MAS, 19 Nov – Kira-kira 300 penyokong Umno di beberapa cawangan 
di sekitar Unit Peti Undi Kasa berpaling tadah apabila mereka 
meninggalkan perjuangan lama untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat 
(PKR) kerana hilang keyakinan terhadap kepemimpinan parti itu. 

Kumpulan penyokong Umno itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan 
Kubang Gatal, Mohd Rozi Husin. Pengiytiharan menyertai PKR secara 
beramai-ramai akan dilakukan tidak lama lagi yang dijangka turut 
dihadiri Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor.

Setiausaha PKR Bahagian Pasir Mas, Haji Mohd Kamaruddin Zakaria 
berkata, sebahagian mereka sudah mengisi borang menyertai PKR baru-
baru ini.

"Dengan penyertaan beramai-ramai itu memberi pukulan hebat kepada 
Umno kerana di Kubang Gatal sebelum ini dikenali kubu Umno sejak 
zaman berzaman. Malah PAS sukar untuk bertapak disebabkan sebahagian 
besar penduduk sudah sebati dengan Umno.

"Lagi pun di kawasan itu ada kelas Kemas yang menjadi tumpuan 
masyarakat tempatan. Kita percaya dengan sokongan padu pemuda di 
kampung berkenaan, kubu Umno di kawasan lain akan dipecahkan tidak 
lama lagi," ujarnya di sini.

Kampung Kubang Gatal sebelum ini dikenali sebagai kubu Umno paling 
kuat di UPU Kasa. Mohd Kamaruddin berkata, PKR Pasir Mas sekarang 
menjadi tumpuan golongan muda dan sebahagian mereka sudah mengisi 
borang menjadi ahli PKR bagi meneruskan perjuangan reformasi di 
negara ini.//Hrkh






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke