PENGKALAN PASIR, 19 Nov – Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib 
Razak sekali lagi mengulangi janji yang dilafazkan sebelum ini iaitu 
mewujudkan sebuah universiti di Kelantan sekiranya pilihan raya kecil 
DUN Pengkalan Pasir berpihak kepada Barisan Nasional pada 6 Disember 
ini.

"Amat mudah sekali untuk mewujudkan universiti di negeri ini 
sekiranya BN menang pada pilihan raya ini," katanya pada majlis 
penyampaian bantuan sara hidup dan hari raya bekas-bekas tentera di 
Sekolah Kebangsaan Mekasar, di sini petang ini. Program itu 
dianjurkan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Kelantan. 
Berucap di majlis yang sama, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, 
Dato' Seri Annuar Musa memberitahu biar pun 10 tahun menjadi menteri 
namun beliau tidak berdaya hendak mengubah Kelantan kerana rakyat 
tidak berminat kepada Umno. 

"Ini benar-benar mencabar saya dan Dato' Mustapa serta Dato' Awang 
Adek kerana gagal mengubah kehendak rakyat Kelantan," ujarnya. //Hrkh

 
 






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
AIDS in India: A "lurking bomb." Click and help stop AIDS now.
http://us.click.yahoo.com/VpTY2A/lzNLAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke