Sampai macam ni sekali permainan politik?...kesian guru

*********

PASIR MAS: Guru yang menyokong pembangkang meskipun sedang berkhidmat 
di bawah Kementerian Pelajaran disaran berhenti dan mencari kerjaya 
lain sesuai dengan pendirian politik mereka.
 
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau 
sedih dan kecewa jika masih ada guru enggan menyokong kerajaan 
Barisan Nasional (BN) yang banyak membela nasib mereka selama ini.

Sejak mengetuai Kementerian Pelajaran, beliau sentiasa memberi 
penekanan dan tumpuan serta keutamaan kepada kebajikan, kedudukan 
serta profesion perguruan, katanya mengulas sikap segelintir guru 
yang masih propembangkang meskipun menikmati pelbagai kemudahan dan 
keistimewaan sebagai guru di sekolah bantuan penuh kerajaan.

"Kalau masih wujud guru yang tak bersama, saya rasa begitu kecewa 
kerana selama ini saya tak nampak Kerajaan Pas dan pembangkang 
mempertahankan profesion perguruan dan membela nasib guru saya. 

"Bagi yang masih tak mahu bersama kita, terserahlah kepada mereka. 
Pilihlah kerjaya lain kerana tugas mereka memastikan anak kita 
terbela adalah suatu tanggungjawab berat yang terpaksa kita pikul 
demi masa depan," katanya.

Katanya, kerajaan memerlukan guru yang komited dalam mendidik anak di 
sekolah bagi menyokong dasar dan matlamat serta keperluan negara 
memenuhi Wawasan 2020.

"Saya terkilan kalau dengan usaha yang kita lakukan selama ini, masih 
ada guru tidak mahu menyokong dan bersama dengan kita," katanya.

"Kita memerlukan seluruh tenaga dan guru yang betul-betul berwibawa 
di sekolah supaya mereka dapat melahirkan anak bangsa yang boleh 
mencorak dan mewarnakan negara maju Malaysia pada 2020," katanya.

Beliau berkata, sikap amanah dan ikhlas setiap guru menjalankan 
tanggungjawab juga menentukan pahala dan dosa di akhirat kelak.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco 
Pergerakan Pemuda di Hotel Renaissance, Kota Bharu, semalam, 
Hishammuddin berkata, guru berasal dari Pengkalan Pasir yang mengajar 
di luar Kelantan boleh pulang mengundi pada 6 Disember ini.

"Kalau sesebuah negeri itu berdepan dengan pilihan raya, kita 
(Kementerian Pelajaran) mempunyai prosedur dan peraturan tertentu 
supaya mereka dapat menunaikan tanggungjawab serta hak mereka sebagai 
pengundi. 

"Kita mempunyai peraturan untuk membolehkan mereka mengundi. Bukan 
saja guru, malah mana-mana pihak kalau ada sekatan tertentu, ia tidak 
patut berlaku kerana setiap rakyat Malaysia ada hak mengundi," 
katanya.//Bha 21 Nov






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke