malang awak kata? malang (atau bodoh) lagi rakyat malaysia yang meletakkan mereka di situ.....heheheheh
onemzi <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
onemzi <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Guru bekerja dengan kerajaan dan dibayar gaji oleh kerajaan. Tak
kira siapa yang mendominasi kerajaan guru tetap akan bekerja dan
mematuhi dasar dan akta yang telah ditetapkan. Tidak timbul soal
menentang kerana semua guru tetap akur dengan tugas masing2. Lainlah
kalau guru tersebut dibayar gajinya oleh parti politik, maka guru
tersebut wajar mengikut kehendak parti yg dia bekerja.
Kenapa guru sahaja yg disebut? Sedangkan pekerja sektor awam lain
pun ramai yang tidak menyokong BN? Jawabnya senang, guru sahaja yg
senang diugut. Tapi guru sekarang ni bukan guru era 90an atau
sebelum tu. Guru sekarang ni ramai yg siswazah dan boleh berfikir
secara rasional.
Kenyataan yg dikeluarkan oleh Menteri ni boleh kita perluaskan
begini "RAKYAT MALAYSIA YG TAK SOKONG BN BOLEH KELUAR DARI MALAYSIA
DAN CARI NEGARA LAIN KERANA MALAYSIA NI BN YG PERINTAH". Malang
sungguh Malaysia mempunyai seorang menteri pelajaran yg sebegini....
--- In [email protected], "Perakan" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Sampai macam ni sekali permainan politik?...kesian guru
>
> *********
>
> PASIR MAS: Guru yang menyokong pembangkang meskipun sedang
berkhidmat
> di bawah Kementerian Pelajaran disaran berhenti dan mencari
kerjaya
> lain sesuai dengan pendirian politik mereka.
>
> Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau
> sedih dan kecewa jika masih ada guru enggan menyokong kerajaan
> Barisan Nasional (BN) yang banyak membela nasib mereka selama ini.
>
> Sejak mengetuai Kementerian Pelajaran, beliau sentiasa memberi
> penekanan dan tumpuan serta keutamaan kepada kebajikan, kedudukan
> serta profesion perguruan, katanya mengulas sikap segelintir guru
> yang masih propembangkang meskipun menikmati pelbagai kemudahan
dan
> keistimewaan sebagai guru di sekolah bantuan penuh kerajaan.
>
> "Kalau masih wujud guru yang tak bersama, saya rasa begitu kecewa
> kerana selama ini saya tak nampak Kerajaan Pas dan pembangkang
> mempertahankan profesion perguruan dan membela nasib guru saya.
>
> "Bagi yang masih tak mahu bersama kita, terserahlah kepada mereka.
> Pilihlah kerjaya lain kerana tugas mereka memastikan anak kita
> terbela adalah suatu tanggungjawab berat yang terpaksa kita pikul
> demi masa depan," katanya.
>
> Katanya, kerajaan memerlukan guru yang komited dalam mendidik anak
di
> sekolah bagi menyokong dasar dan matlamat serta keperluan negara
> memenuhi Wawasan 2020.
>
> "Saya terkilan kalau dengan usaha yang kita lakukan selama ini,
masih
> ada guru tidak mahu menyokong dan bersama dengan kita," katanya.
>
> "Kita memerlukan seluruh tenaga dan guru yang betul-betul
berwibawa
> di sekolah supaya mereka dapat melahirkan anak bangsa yang boleh
> mencorak dan mewarnakan negara maju Malaysia pada 2020," katanya.
>
> Beliau berkata, sikap amanah dan ikhlas setiap guru menjalankan
> tanggungjawab juga menentukan pahala dan dosa di akhirat kelak.
>
> Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco
> Pergerakan Pemuda di Hotel Renaissance, Kota Bharu, semalam,
> Hishammuddin berkata, guru berasal dari Pengkalan Pasir yang
mengajar
> di luar Kelantan boleh pulang mengundi pada 6 Disember ini.
>
> "Kalau sesebuah negeri itu berdepan dengan pilihan raya, kita
> (Kementerian Pelajaran) mempunyai prosedur dan peraturan tertentu
> supaya mereka dapat menunaikan tanggungjawab serta hak mereka
sebagai
> pengundi.
>
> "Kita mempunyai peraturan untuk membolehkan mereka mengundi. Bukan
> saja guru, malah mana-mana pihak kalau ada sekatan tertentu, ia
tidak
> patut berlaku kerana setiap rakyat Malaysia ada hak mengundi,"
> katanya.//Bha 21 Nov
>
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
